myspace backgrounds
Myspace Backgrounds

Mengenai Saya

Foto saya
Islam dan sunnah adalah cara hidupku

Rabu, 30 Disember 2009

Sardin punya cerita.......

JANGAN MAKAN SARDIN






Assalamualaikum wbh





Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.



Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.



Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.



Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.



Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Ikan yang ditinkan ke dalam tin, sewaktu pemprosesannya ia tidak boleh direbus lama kerana ini akan menjadikan ikan ini hancur.



Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.



Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.



Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.



Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.



Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.



Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.





Wassalam wallahualam





Emjay



Prev: Penulisan Al-Qur'an dan perkembangannya

Next: Amalan yang terbalik

Selasa, 29 Disember 2009

Tanda-tanda akhir zaman ialah zina bermaharajalela. Statistik di bawah dari tahun 1999 sehingga 2003. Sebanyak 30, 978 dari 70,430 kelahiran anak luar nikah ialah dari anak orang Islam. Selangor menjuarai dengan 12,836 orang.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Statistik ini sehingga tahun 2003. Kalau sampai tahun 2009 ni mungkin dah beratus ribu agaknya.

Janganlah kamu mendekati zina!

Isnin, 28 Disember 2009

maksiat lagi

Hari ini lagi aku dapat berita drpd leader tempat kerja aku.......Budak2 sekolah rendah ada yang tengok video lucah di cyber cafe...bukan seorang dua tapi ramai......
Punah betul anak2 bangsa kita......
Ada berita aku dengar  ........satu kelas semua dah x ada dara......dikerjakan oleh mat2 motor.....
Ada di Terengganu tu....mak bapak nampak anak dia berzina dgn beberapa org di hand set anak dia...tu pun katoi...kalau tak  mampus sampai mati dia ingat anak dia baik...........
Kita jangan biarkan ...buatlah sesuatu....kalau x kena anak kita...takut cucu2 kita atau keturunan kita pula.....dunia dah tak selamat.....selagi kita tak balik semula ke apa yg di ajar oleh Allah & Rasul....selagi itu lah kita bertambah sesat.............

Ahad, 27 Disember 2009

Maksiat bermaharajalela

Aku tengok sekarang ni maksiat bermaharajalela......nak termuntah aku tengok......lelaki dgn perempuan langsung tak da segan .....yang bertunang dah macam laki bini.....mak bapak dia orng langsung tak marah.....kalu dia tahu dosa sentuh org yg bukan mahram.....dia lebih rela curah atas kepala dia dengan timah mendidih daripada pegang perempuan yg bukan mahram.....Mak bapak dia org ketua segala maksiat.....tak tahu apa.....kuliah agama x nak dengar.......
ada tu akan bertunang x lama lagi...dia punya gambar bersentuhan muka dgn x bertudung ,,,,tunjuk satu malaysia......dosa dia x tutup aurat satu....dosa dia bersentuhan satu....pas tu satu malaysia tengok....kira la kalu satu juta orang tengok....kalu satu dosa sehelai rambut tu1 hari di neraka katakan.......ada beribu2 rambut x dgn ...malas nak kira tu belum convert hari akhirat ......kalu artis atau perlakon macammana....lepas tu terkenal berzaman2....sendiri mahu fikir la...oi takut la akan azab Allah....wai......
Sekarang ni hand set boleh masuk video lagi la dahsat......budak2 tadika ...sekolah rendah pun tengok juga...dulu sebok kita dengar cerita budak2 sekolah rendah tengok vcd lucah....skg ni budak darjah satu bawa hand phone abang dia dgn screen sever lucah.....Pekerja2 kilang pun ramai yg terlibat masaalah ni....pas tu dia org bluetooth antara satu sama lain....emak bapak pun simpan juga gambar lucah....oi tengok rambut pun haram..apalagi tengok org berzina.......
Marilah tuan2 dan saya sama2 kita benteraskan gejala ini sebelum Allah turunkan bala seperti kaum Nabi Lut..atau Tan Sri Firaun.......Allah boleh lipat bumi dgn sekali lipat aje......
Dah nagara kita mengamalkan system sekular.......bayi di buang merata2...... zina berlaku disana sini....budak2 perempuan sekelas semuanya tiada dara.....atok merogol cucu setelah diamanahkan menjaganya.....macam2 ada......macam x percaya pun ada.....
di Internet lagi la..tersalah tekan sikit.....keluar gambar bukan2 .....pak aji tengok pun x boleh tahan ....lagi org awam......

Sabtu, 26 Disember 2009

Fikir Sejenak

Di dalam perut ibu kita dulu...kita rasa....mata x berguna,tangan kita x berguna.....kaki kita x berguna..menyusahkan pegerakkan dlm perut ibu kita aje....kalau boleh tali pusat perut kita lagi besar lagi bagus...boleh dapat banyak makanan....betul tak.....
Tapi bila kita keluar ke dunia.....alamak....tangan,kaki,mata semuanya penting...dan pusat kita x berguna langsung.....di ikat oleh bidan atau doktor.....
Begitu juga bila kita balik ke kg akhirat nanti....wang, harta,kereta,pangkat kedudukan semuanya x berguna malah lagi menyusahkan kita aje bila balik di sana nanti....rupa2nya segala amalan zikir,sembahyang,puasa,sedekah dan lain2 lagi ...semuanya penting......membantu kita bila berada didalam kubur yg gelap atau di mahsyar yg huru hara nanti.......
Orang alim kata....kalau nabi itu kepala gerabak kereta api.........sahabat itu gerabak2......kita screw yg karat pun tak pa....akhirnya sampai juga kat tempat yg di tuju.....
Kita semua akan ke sana tak kira yg artis ke...ulama ke....tan sri firaun ke.....tuan yg membaca blog saya pun akan ke sana juga...cuma cepat atau lambat aje.....tapi yg pastinya sebelum umur 100tahun atau average 60tahun......oi takutnya jumpa Maha Pencipta kita...dalam kita ni yg banyak dosa ni.....
Ya Allah jadikanlah kami di antara orang2 yg selamat dan beruntung.........

Jumaat, 25 Disember 2009

Solat

Ini aku nak cerita pengalaman aku....negara kita tercinta.......lebih kurang 10tahun lepas (Flash back).......di JB ......kilang cina Singapore........orang melayu x boleh sembahyang.....buat complaint dgn pejabat buruh.....kelam kabut ...terus buat surau....lepas tu sembahyang jumaat semua org boleh sembahyang....MAsuk aje HR melayu...semua org kena sembahyang jumaat bergillir2....5 waktu hanya boleh sembahyang waktu rehat aje......last2 kilang tu bengkrap......tokey dia masuk penjara di singapura...sbb kes tipu bank.....padan dgn muka dia......
Lepas tu di Desa Cermerlang JB ..Kilang cina Singapore juga.....semua org x di benarkan sembahyang jumaat atau 5 waktu....Aku mula2 masuk ...aku cakap ..aku nak solat ....kalau x kasi...aku x nak kerja....di pendekkan cerita...aku sorang aje dibenarkan solat..termasuk solat jumaat...punya la susah nak solat 5 waktu....sembahyang merata2 ...last2 kat belakang guard house...kira surau la tu...cuma muat satu org aje...hancing bau air kencing tikus....kadang2 puak2 napple kencing kat tepi tu.....kawan aku cakap...tapi aku x jumpa mamt tu...kalau aku nampak mesti aku debik punya.....x da bukti.....
Lepas tu aku racun hari2 budak2 tempat kerja aku.......last2 adalah 2 atau 3 orang yg sembahyang,,,tu pun yg gengster....tak takut mati punya.......ada mamat tu aku tanya dia kau x sembahyang ke.....dia kata dia jamak....alamat mashab apa ni!!!!,,,,aku layan aje la mamat ni....dah lama benar dah dia x sembahyang,,,bulan puasa pun x puasa......anak dah berjuta......x taubat2
Lepas tu aku pakat2 gi ngadu kat pejabat ugama.....mamat pjabat agama tu kata ...ini bukan kerja pejabat agama....kuang asam...pakai tai...5 ekar....awek cun2 ....kat office...dia suruh gi pejabat buruh....
Aku gi pejabat buruh...India keluar.....alamat aku nak cakap pun serba salah.....last2 berjaya juga....India yg tlg settel kan ,,,,,,
SEmua org boleh gi sembahyang jumaat kat kilang tu....pun ada juga yg x pergi...mangkuk.....
Kalau kita tengok boleh kata dekat 80%org Islam x boleh gi sembahyang di kws DEsa Cermerlang....sapa yg tukar hari Jumaat hari bekerja ,,,haru Ahad hari cuti......MAmat tu dgn penyokong2 dia kena soal oleh Allah kat sana nanti.....
Aku ada berbual dgn cina yg buka kilang kat malaysia....dia kata ...sebenarnya setiap kilang yg buka di Malaysia wajib ada surau....tapi x da...sendiri kena fikir la.....sbb apa......
Aku tengok ada yg tua bangka pun x sembahyang2 juga.......Ada ustat kata ...esok bakal mati kena gantong....pun x sembahyang....habis macam mana kalau pintu hidayah dan seru x sampai....jauhlah kita drpd tu.....

Cerita hari ini

HAri ini aku sembahyang jumaat ...jumpa kawan lama ........dia seorang pensyarah Politeknik......Kawan kita semua gaji dah besar.....ada yg 20 ribu sebulan...ada yang income tax aje 5~6000 sebulan.....gila betul......besar gaji dia orang....tidur dalam duit......
Tapi nasib baik Allah letak keistimewaan kpd org yg beribadat kepadanya......kalau dia ahli ibadat...dia org akan beruntung di dunia dan akhairat.......
Hari ini juga aku tengok Pak iman...misai tebal x da janggut.......alamat........betul la org alim kata.....sunnah akhir zaman seperti mengengam bara api.....satu sunnah yg di bawa akhir zaman =1000 ke 100 pahala mati syahid...tak ingat lah aku......
Try pakai kopiah buat pergi bandar ke jalan2 ke...malu...takut org kata alim.....tapi cuba pakai topi mcm sudu tu biasa aje.....tak malu pula......org cakap mcm org putih bontot hitam.......pun x kisah........
kau org tengok......org putih pakai kot ...pakai tai.....kita pun pakai juga.........padahal tempat dia org sejuk....tempat kita panas gila.......pun ....org kita ikut juga.......tak malu pulak tu......
Kau cuba tengok askar berbaris.....dia org akan cakap kiri dulu baru kanan......kalau makan ....pakai sudu dgn pisau ...dia org suap masuk mulut pakai tangan kiri ......
Semua bertentangan dgn sunnah......apa yg nabi ajar .....sama yg Allah hendak manusia buat kat atas muka bumi ini.....
Aku pernah kena beta dgn kawan aku.....kalau ikut sunnah.....naik unta la pergi kerja......kepala otak dia berjambul la........bodoh macam kayu.......aku marah x pa sebab kau org x kenal dia.....naik unta x sunnah...naik pakai kaki kanan itu sunnah...baca doa sunnah..dan lain2 lagi....
Hari ini juga aku gi hantar barang kat umah kawan aku.......alamat ....anak dara dia keluar x bertudung pulak.....bapak dia x kisah .......bapak dia boleh kata ahli surau jugak.....belum masa nak di didik kot......ai macam2 ada kat dunia ni.......
Tiba masa kita akan balik menghadap Allah bawa apa yg kita kerjakan dan apa yg di amanah kan kat kita atas muka bumi ini....
wasallam....

Khamis, 24 Disember 2009

Wallaualam .....nauzubillahhiminalzaliq.


Semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang, dalam kereta, saya dengar satu cerita

yang sungguh dahsyat. cerita ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara

semenanjung. ini cerita benar sekali.....

Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu

kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk

mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil

namun tiada apa yang terjadi disana. Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi,

hujan turun renyai-renyai.

Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah

yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun

dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat.

Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak

tergambarkan dahsyatnya.

Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan

betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang

seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana

kecederaan parah di kepala. Mpv tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit

kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. Seorang

wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan. Tidak terdapat seurat

benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu

dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat,

tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali.

tulang punggung wanita itu pula hancur.



Hendak tahu lebih lanjut lagi...tekan kat profile kat atas tu.....lepas tu cari kat web yg dilalui......kat situ banyak web...cari sendiri.........macam2 ada...kalau x bagus jgn baca......HAram beb!!!!!!

Baca dan tapis

Aku ada baca blog kereta mayat.....Nampak macam bagus ...tapi ada yang tak berapa aku minat cara dia punya ulasan.......Dia asingkan politik dalam agama.....dia menyempitkan agama dalam hidupnya.....sedangkan Islam itu sempurna.......Islam mengajar cara masuk tandas,cara mencangkung,cara memandang,cara bersama isteri.....dan lain2 lagi....kau orang pikir sendiri.........
Tak kan .......politik yang paling besar tak dalam Islam.......macam mana nak memerintah negara....macam mana nak menguruskan manusia yg berjuta2........aku rasa mamat tu...betul2.......b***h.......b****p sangat.....
Cerita agama tapi x nak belajar dgn ulama2 yg benar lagi membenarkan perkara yg benar dari Allah.....
Aku cadangkan selalulah dengar ceramah atau kuliah ustat Azhar....cari.....dia org ganu.....power...berani......cakap yg benar...menghuraikan hukum2 dari sesenang2 hingga yg payah......
Kalau kau org cari dlm TV.....mampus x jumpa.....Siti Nurhaliza.....Mawi......adalah.....
http://www.airmp3.net/search/zain_bhikha/mp3/a



Rabu, 23 Disember 2009

Selasa, 22 Disember 2009

Isnin, 9 Februari 2009

Sabtu, 7 Februari 2009

Selamat datang

Kejayaan manusia dalam agamanya taat kepada Allah ikut cara Rasullullah SAW