myspace backgrounds
Myspace Backgrounds

Mengenai Saya

Foto saya
Islam dan sunnah adalah cara hidupku

Jumaat, 18 Februari 2011

cilok blog lain

Oleh: WFAUZDIN NS
BERKATALAH Mahathir bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya berjuang untuk memenangi pilihan raya dan bukannya berjuang untuk Islam. Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu menyatakan tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR.

“Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas (Akhbar Sinar).

Inilah hujah Mahathir sejak dulu, kini dan mungkin selamanya hingga apabila beliau berdepan dengan Malaikat Maut nanti. Hujah `gampang' ini tidak perlu dijawab oleh Tuan Guru Nik Aziz, memadai saya yang jahil ini ingin menjawabnya walaupun saya tidak mempunyai hidung besar yang menipu dan membelit.

Memang tepat bahawa Tuan Guru Nik Aziz berjuang untuk memenangi Pilihanraya kerana dengan memenangi Pilihanraya saja maka PAS akan memiliki kuasa untuk melaksanakan hukum Islam. Apakah Mahathir sangka PAS akan memilih jalan lain selain dari jalan Pilihanraya untuk berkuasa? Mungkin Mahathir teringin melihat PAS mengunakan jalan `revolusi' untuk memerintah negara? Jika itu sangkaan Mahathir, beliau sudah terlalu tua sebenarnya.

Tuan Guru Nik Aziz berjuang bukan untuk Islam? Jika bukan untuk Islam, maka untuk apa? Pernahkah kita mendengar Tuan Guru Nik Aziz memekik melolong menyebut `hidup Melayu' seperti yang lazim kita dengar di PWTC itu? Di mana pun Tuan Guru Nik Aziz berucap, beliau tidak pernah melupakan Al-Quran sebagai intipati ucapannya. Bahkan, di depan masyarakat Non Muslim pun Tuan Guru mempromosi ajaran Islam ini sehinggalah DAP semakin faham tentang Islam berbanding dengan pemimpin Umno, MCA, Gerakan dan MIC.

Difitnah oleh Mahathir bahawa Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka mengkafirkan orang Islam Umno. Secara terbuka itu bila dan di mana? Jika benar, mengapa setiap kali orang Umno masuk PAS, Tuan Guru Nik Aziz tidak pernah mengarahkan agar mereka di`syahadah'kan kembali? Jika Tuan Guru Nik Aziz menyebut bahawa orang Umno itu masih Jahiliyyah, ada lojik dan betulnya. Mendokong parti sekular dan tidak mahu memahami perjuangan Islam itu tidak Jahiliyyahkah? Jika bukan Jahiliyyah, mungkin bodoh perkataan yang lebih sedap untuk didengar.

PAS hanya menyebut apa yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadith tentang batas-batas Kufur seperti yang terkandung juga di dalam Kitab Mustika Hadith yang dikeluarkan oleh JPM sewaktu zaman Mahathir. Masakan Mahathir tidak membaca kitab yang diterbitkan dari pejabatnya sendiri. Disebut di dalamnya bagaimana seseorang itu boleh menjadi Kafir dengan beberapa sebab termasuk menghina hukum Islam termasuk hukum Hudud. Mereka yang menyebut bahawa Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di zaman ini, atau hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam mundur dan sebagainya boleh menjadi Kafir. Mereka yang menghina Sunnah Nabi seperti beserban, berjangut kerana tiada pisau cukur juga boleh menjadi Kafir. Jika Mahathir terasa atau ada pemimpin Umno yang terasa, itu bukan salah PAS. Bukan PAS yang menjatuhkan hukum Kafir itu.

Tuan Guru Nik Aziz ada membuat kiasan bahawa PAS sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi untuk memperjuangkan Islam hatta dengan Syaitan sekalipun. Persoalannya, adakah boleh diterima akal Syaitan akan membantu untuk perjuangan Islam? Jawapannya sudah pasti mustahil. Ini membawa maksud, betapa kuatnya cita-cita PAS untuk memperjuangkan Islam dan boleh menerima sesiapa sahaja sebagai kawan untuk menegakkan ugama yang maha suci ini. Kalau Syaitan pun PAS kata boleh terima, masakan Umno yang bukan Syaitan PAS akan tolak. Masalahnya, Umno tidak mahu bekerjasama dengan PAS untuk perjuangan Islam bahkan Umno banyak menghalang cita-cita PAS dengan berbagai cara.

PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP kerana kedua-dua parti ini tidak pernah menghalang PAS dari berjuang untuk Islam. Mana mungkin PAS boleh paksa pemimpin DAP yang bukan Islam untuk terima Hukum Hudud kerana kewajipan untuk menegakkan hukum Islam terletak di tangan umat Islam sahaja. Sama juga seperti puasa, bolehkah PAS memaksa Karpal Singh atau Lim Kit Siang berpuasa? Peliknya, mengapa pemimpin Umno yang mengaku Islam tidak juga mahu kepada hukum Islam? Mengapa Mahathir mesti cabar PAS agar menentukan DAP terima Islam? Bukankah pelik? Mengapa Mahathir tidak mahu terima hukum Islam tetapi sebaliknya mahu agar DAP terima Islam?

Mahathir kata PAS ingin tegakkan Negara Islam ala - PAS. Cuba sebutkan apakah ciri-ciri Negara Islam ala-PAS itu jika Mahathir tahu. Jika ini lah pemikiran kepala otak Mahathir, tidak mustahil satu hari nanti Mahathir akan sebut ini sembahyang ala-Umno, ini sembahyang ala-PAS. Di dalam perkara ini, Umno pernah cuba untuk berdebat dengan PAS berkaitan isu `Takfir'. Umno melakukan `warming up' terlebih dahulu dengan mengadakan debat olok-olok kununnya di antara PAS dan Umno. Akhirnya, Allah maha kuasa, dan Al-Quran adalah mukjizat yang Umno tidak boleh perdayakan. Di dalam debat olok-olok tersebut, pihak yang kununnya mewakili Umno tidak mampu membalas hujah pihak yang kununnya mewakili PAS. Debat olok-olok tersebut boleh diikuti melalui youtube.

Akhirnya, Umno tidak berani untuk berdebat dengan PAS kerana mereka tahu kebenaran yang dibawa oleh PAS setelah mereka adakan debat olok-olok tersebut. Hakikatnya Umno tahu PAS sejak dahulu konsisten di dalam perjuangannya. Sebab itulah berbagai cara telah Umno lakukan untuk memecahbelahkan kesatuan di dalam PR. Paling menyakitkan hati Mahathir adalah apabila semakin ramai di kalangan Non Muslim yang berani menghampiri PAS bahkan DAP sendiri sanggup membela PAS.

Lebih pedih hati lagi Mahathir apabila Karpal Singh menyebut di dalam Konvensyen PR baru-baru ini bahawa beliau sanggup terkorban untuk mempertahankan Islam yang terdapat di dalam Perlembagaan. Karpal Singh juga bersedia untuk berdialog dan berbincang dengan PAS berkaitan penubuhan negara Islam dan juga tentang hukum hudud. Nampaknya DAP lebih awal ingin belajar tentang Islam daripada Umno. /wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 21 Januari 2011

Iktikaf

Malam jumaat semalam aku ke masjid....Ramai kanak2 ke Masjid...Bising bukan main....Project dia orang yang paling aku geram..Rembat seliper dengan sembunyikan selipar orang...Aku kalau dapat budak mana yang buat siap aku kerjakan....
Lepas baca yasin semua orang  di jamu dengan nasi dalam dulang..budak2 lebih ramai daripada orang tua...Yang paling aku sedih bila tukang jamu tu tengah bagi2 air kat budak2...dia punya membebel lain macam  aje..seorang2 dia marah...ada brother tu dia bawa anak dia sekali...aku tengok dia suruh anak dia letak gelas tak payah ambil air terus belah.....kesihan aku tengok

Dalam hati aku...janganlah marah budak2 yang datang masjid tu....bukan semuanya nakal..Dalam ramai2 tu mesti ada yang besar nanti jadi ustat ke .menteri ke ......

Aku ingat orang2 tua yang ada kat masjid tu semua ,bukan nya semua masa  budak2 dulu baik sangat..salah2 lebih teruk daripda budak2 tu...

Jangan di marah. mereka di masjid....kalau di rumah lebih banyak maksiat di TV yang mereka akan terpengaruh.atau lepak di kedai2 atau pengaruh rokok dan lain2.


Iktikaf di Masjid satu hari bersamaan dengan jauhnya diri kita daripda neraka antara langit dan bumi sebanyak 3 kali ganda.

Duduk di masjid sahaja di kira berzikir di sisi Allah.

Satu langkah ke MAsjid akan di hapuskan dosa2 kecil satu persatu....

Jika ada majlis zikirallah,majlis agama, semua orang yang ada pada majlis tu termasuk semua yang ada di kawasan masjid di kira sekali..bertidih2 malaikat datang sampai ke aras Allahdan menyebut2 nama mereka yang ada termasuk ibu bapa mereka ...

Dan banyak lagi kelebihan mereka2 yang ke masjid yang aku tak ingat lagi nak taip...cari sendiri dalam kitab atau tanya ustat2 yang power.

Kau orang sembahyang kusuq sangat ke sampai tak boleh nak bising...Nabi solat cucu dia panjat atas badan dia pun dia tak marah...relax aje nabi....


 

.

Selasa, 11 Januari 2011

insaf

YA Allah JAnganlah kau ambil nyawa aku ..ketika aku sedang leka.....dan ketika aku banyak hutang dengan Mu dan dengan manusia yang lain....
Semuanya aku nak buat memang payah....Aku cuba2 nak belajar simpan janggut ...dah ada pulak cewek2 yang tegor....Aku ni pemalu.....Aku rasa aku nak baik ,,tapi rintangan terlalu banyak...

Besok aku trim janggut sikit....JAngan panjang sangat........

Rambut ada sikit panjang ... gatal kepala...puhhhhhhh....




Janggut memang sunnah......sapa pertikai memang bodoh......Ada sahabat yang potong janggut lalu Nabi tak lihat lagi wajah dia sebab dah tak da bidadari kat wajah dia.....


BAwa sunnah akhir zaman seperti mengenggam
bara api.....sapa yang boleh tahan........


satu sunnah...satu kejayaan......






Khamis, 6 Januari 2011

Jumaat, 31 Disember 2010

Adakah Kita Sokong sekular?????

assalamualaikum semua.....

buat renungan semua pembaca.diharap anda dapat meluangkan masa membaca articel ini dan menyelami apa yang tersurat dan tersirat di sebalik ketokohan Kesekularan Kamal Atartuk... semoga dapat ikhtibar dan mengelakkan pahaman ini menjadi pegangan oleh para pemimpin dunia sekarang ini......

IDEOLOGI MUSTAFA KAMAL ATTATUK DI TURKI...

1. Membolehkan perempuan memakai tudung,dengan syarat pakai skirt...

2. membolehkan lelaki pakai seluar panjang,dengan syarat pakai tie dan topi.(sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh lelaki dan wanita menari dikhalayak ramai...Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita disebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4.Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"

5.Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6.Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7.Menukar azan Kedalam Bahasa Turki.Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur2 Arab dan Parsi.

8.Mengambil artikel -artikel dari luar negara untuk memodenkan Turki.

9.Satu ucapan beliau di bandar Belikesir dimana beliau dengan terang-terangnya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga dibuang sebagai agama rasmi negara Turki.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan Terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium,ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam.

17.Menghapuskan penggunaan kalender Islam dan Menukarkan huruf arab kepada huruf latin.

18.Menggangap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab.'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematianya,Allah telah mendatangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menangung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.Antaranya ialah:

1.Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan..

2.Sakit jantung

3.Penyakit darah tinggi.

4.Panas sepanjang masa,tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan bomba untuk menyiram rumahnya 24jam

pembantu-pembantunya juga diarah untuk meletakkan ketulan-ketulan ais didalam selimut untuk menyejukkan beliau.Maha suci Allah,buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.

oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung,beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.Disebabkan tidak tahan dengan jeritan itu,mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ketengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar panasnya tak juga hilang!

Pada 26 september 1938,beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar semula selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938,beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akihirnya meningal dunia......

Sewaktu beliau meninggal,tidak seorang pun yang memandi,mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayat ini diawetkan selama 9hari 9malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan,mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu,Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ketanah perkuburan.Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(sungguh tak dapat dibayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya.)

Disebabkan putus asa,mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar lah....) Ankara selama 15 tahun(sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula,tapi Allah Maha Agung,bumi sekali lagi tak menerimanya.Habis ikhtihar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit dan ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44ton. Mayatnya ditanam dicelah-celah batu marmar.Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki,seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui

terima kasih kepada anda semua kerana meluangkan masa membaca memo ini...diharap anda semua mendapat ikhtibar dari peristiwa tersebut... sesungguhnya seksaan Allah itu,tidak hanya di Akhirat kelak,malah didunia ini juga.. wallahualam....

Sabtu, 17 Julai 2010

Dunia dah nak kiamat

Dunia sudah dekat dengan penghujungnya........manusia dah tak tahu mana yg benar dan batin......anak2 gadis sudah ramai hilang maruahnya......manusia sudah gila dunia......anak2 menderhaka dgn ibubapa dan gurunya......

Bagaimana anak cucu cicit kita nanti......dunia mentari semakin panas......tanpa kita sedar......orang2 kafir sudah semakin gila mencari dunia luar selain bumi ini.......

Sekarang sudah pertengahan 2010......Yahudi semakin berkuasa......riba,,,,,zina......di sana sini......kita benci yahudi...kita benci Amerika tapi pada masa yang sama kita masih menguatkan ekonominya.....

Kita minat agama tapi mengapa kita biarkan orang2 itu tolak dan menghina perjuangan menegakkan kalimah Allah atas bumi ini.Kita tak kenal siapa yang pewaris nabi....

Macam mana 5 tahun atau 10 tahun lagi.Anak2 kita.......di besarkan dengan persekitaran sekular....maksiat....kemewahan.....

Bagaimana mereka2 yg mati muda sebelum bertaubat.....selama2nya di sana.....
Apa yang mereka bawa menghadap Allah...Apa amalan kita di sini......

Fikir....semua akan pergi ke sana.....tak da satu pun yg kekal di dunia ini kecuali Allah......
akan di tanya satu persatu perbuatan kita di sini

Sembahyang yg sempurna...Harta yg bersih.....amalan yg ikhlas...

Ya Allah selamatkanlah kami ,ibubapa kami,isteri kami,anak2 kami,datok nenek kami,keturunanan kami ,umat nabi Muhammad sehingga hari kiamat....selamatkan kami di dunia dan akhirat.....jadikan kami orang2 yang soleh,orang2 yang mulia disisimu,sebagai perjuang2 agamamu,pengerak agamamu,pembantu kerja nabi SAW ,,,,


Jadikan kami orang2 yang menarik antara satu sama lain dengan kalimah laillah ha illlalah.....menarik antara satu sama lain ke surga mu.....menarik satu sama lain dengan penuh kasih sayang.... ya Allah....dan berikan lah kesudahan yang baik di akhir kalam kami nanti

Selamatkan kami dari azab sakaratul maut,azab kubur,mizan,titian sirat dan terus ke surga mu tanpa hisab...

Hancurkan, malukan dan hinakan lah orang2 kafir jika hendak meroskkan islam
Ya Allah
Pandanglah kami dengan belas kasih sayangmu
tebarkan hidayah seluruh alam
dan jauhkan kami darpada bala
Jadikanlan al quran dan sunnah sebagai cara hidup kami
wasallalah hu alai muhammadur rasullulah SAW
walhamdulilah hirabul alamin 

Khamis, 29 April 2010

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.


“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.
Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.


“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”


Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat.
Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”


Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”


“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.
Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”


“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.
Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong.
Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”


Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.
Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”


“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.
Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”


“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia.
Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”


Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati atau kesihatan diri menurun . Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!”
terang saya panjang lebar.


“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”


“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.


“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.


“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Selamat datang

Kejayaan manusia dalam agamanya taat kepada Allah ikut cara Rasullullah SAW