myspace backgrounds
Myspace Backgrounds

Mengenai Saya

Foto saya
Islam dan sunnah adalah cara hidupku

Khamis, 24 Disember 2009

Wallaualam .....nauzubillahhiminalzaliq.


Semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang, dalam kereta, saya dengar satu cerita

yang sungguh dahsyat. cerita ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara

semenanjung. ini cerita benar sekali.....

Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu

kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk

mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil

namun tiada apa yang terjadi disana. Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi,

hujan turun renyai-renyai.

Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah

yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun

dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat.

Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak

tergambarkan dahsyatnya.

Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan

betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang

seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana

kecederaan parah di kepala. Mpv tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit

kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. Seorang

wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan. Tidak terdapat seurat

benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu

dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat,

tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali.

tulang punggung wanita itu pula hancur.



Hendak tahu lebih lanjut lagi...tekan kat profile kat atas tu.....lepas tu cari kat web yg dilalui......kat situ banyak web...cari sendiri.........macam2 ada...kalau x bagus jgn baca......HAram beb!!!!!!

Baca dan tapis

Aku ada baca blog kereta mayat.....Nampak macam bagus ...tapi ada yang tak berapa aku minat cara dia punya ulasan.......Dia asingkan politik dalam agama.....dia menyempitkan agama dalam hidupnya.....sedangkan Islam itu sempurna.......Islam mengajar cara masuk tandas,cara mencangkung,cara memandang,cara bersama isteri.....dan lain2 lagi....kau orang pikir sendiri.........
Tak kan .......politik yang paling besar tak dalam Islam.......macam mana nak memerintah negara....macam mana nak menguruskan manusia yg berjuta2........aku rasa mamat tu...betul2.......b***h.......b****p sangat.....
Cerita agama tapi x nak belajar dgn ulama2 yg benar lagi membenarkan perkara yg benar dari Allah.....
Aku cadangkan selalulah dengar ceramah atau kuliah ustat Azhar....cari.....dia org ganu.....power...berani......cakap yg benar...menghuraikan hukum2 dari sesenang2 hingga yg payah......
Kalau kau org cari dlm TV.....mampus x jumpa.....Siti Nurhaliza.....Mawi......adalah.....
http://www.airmp3.net/search/zain_bhikha/mp3/a



Selamat datang

Kejayaan manusia dalam agamanya taat kepada Allah ikut cara Rasullullah SAW