myspace backgrounds
Myspace Backgrounds

Mengenai Saya

Foto saya
Islam dan sunnah adalah cara hidupku

Sabtu, 9 Januari 2010

Imam Masjid Negara sebak atas mimbar..

Jimadie Shah Othman
Jan 8, 10
5:33pm

Imam Besar Masjid Negara menitiskan air mata dan tersedu-sedan ketika membacakan doa di akhir khutbah Jumaat hari ini yang menyentuh isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Berbeza dengan solat Jumaat sebelum ini, suara Tan Sri Ismail Muhammad kedengaran sebak dan terputus-putus dari mimbar masjid, di penghubung bacaan doa tersebut.

Ismail membacakan khutbah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjudul 'Akidah benteng kekuatan ummah'.

Khutbah tersebut, antara lain, menegaskan bahawa lafaz Allah khusus bagi umat Islam dan tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama lain, seperti yang telah diputuskan dalam muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2008 .

Khutbah tersebut menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia mengelak daripada menimbulkan isu-isu sensitif kerana "penggunaan lafaz Allah telah beratus-ratus tahun digunakan oleh masyarakat Islam di negara ini".

Selepas tamat solat Jumaat pada kira-kira jam 2.00 petang, beratus orang menyertai demonstrasi bagi membantah penggunaan perkataan Allah dalam mingguan Katholik, Herald.

Perhimpunan itu anjuran dua pertubuhan Melayu - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) - turut disertai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris).

Sejak sebelum solat lagi, beberapa sepanduk anti-penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam, digantung di anjung masjid negara, antaranya berbunyi Bersatu pertahankan maruah! Bersatu untuk Islam!; Jangan cabar kemakmuran dan perhubungan kaum sedia ada; Hak, maruah, martabat bangsa Melayu dan agama Islam akan kami pertahankan

Dua sukarelawan PPIM juga menyediakan meja bagi mengutip tandatangan jemaah membantah perkara itu.

Memulakan perhimpunan itu sejurus selepas solat Jumaat, Ketua Wira PERKASA Selangor, Arman Azha Abu Hanifah membacakan 'Deklarasi Masjid Negara' menuntut:

Penganut Katholik menggunakan perkataan tuhan bagi menggantikan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Perkara berkaitan Islam mesti dibawa ke Mahkamah Syariah, bukan mahkamah sivil.

Majlis Raja-raja Melayu perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk mempertahankan agama dan umat Islam

Bacaan deklarasi itu disambut teriakan takbir bertalu-talu daripada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Pada masa yang sama satu bendera merah bertulis 'Melayu' dalam warna hitam, dikibarkan bersama bendera berjalur tiga - merah, kuning dan hijau - mewakili Pekida.

Poster Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria turut dijulang. Dalam masa yang sama, sebuah helikopter polis kelihatan berlegar-legar memantau perhimpunan tersebut dari udara.

Bercakap kepada pemberi selepas perhimpunan tersebut tamat pada jam 2.20 petang, Arman berkata, petisyen bantahan yang ditandatangani jemaah hari ini akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas kebakaran gereja di tengah-tengah ketegangan isu tersebut, Arman berkata, pihaknya menyelar tindakan tersebut dan meminta semua pihak bertolak ansur "kerana Islam menyeru kepada keamanan".

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

*


Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.



Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.

Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.

Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.



LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.



“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.



Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)

Apa tujuan kau hidup di bumi Allah ini?????

Petikan ni aku ambil dari blog lain....seorang ustat.......Ambil ikhtibar....kalau x betul kau boleh anggap ini satu penipuan....kalau tidak kau adalah salah seorang yg pasti berjuang bersamaku ....untuk sama2 menegakkan Islam di atas muka bumi ini....mengikut jalan Allah dan Rasul......sehingga kehujung nyawa yg terakhir.....ketika umat2 Islam menderita dan di hina di sana sini......

Cuba korang fikir sejenak secara bijaksana........ dalam2.........
aku x mahu mengata orang lain yg boleh menimbulkan fitnah tapi..............

Cuba kau fikir.........Kebanyakkan 90% atau lebih pelajar2 di Jordan atau di Tanah Arab (Bakal ustat) adalah penyokong PAs........
Kesemua pelajar2 pondok adalah penyokong pas........................
Kesemua ustat2 di sekolah Agama swasta adalah ahli pas..........
Kebanyakkan ahli agama yg terkenal seperti Ust. Ismail Kamus,Ust BAhrom,Ust Badrul Amin,Ust. Harun Din dan lain2 lagi masuk pas tanpa dapat satu sen pun keuntungan ......
Kalau pas tu haram...kenapa mufti2 seorang pun tak keluarkan faktwa mengatakan haram seperti yg terjadi pada arqam........

Kalau kita rosak kereta kita akan hantar kereta kita di bengkel kereta......takkan ke kedai kek kot....
Kalau kita lapar tak kan kita cari nasi kat kedai tayar....
Begitu juga kalau kita hendak jalan yg benar ke akhirat kita mesti rujuk kepada mereka2 yg di atas...

Fikir lah .......


Rabu, 2009 April 15


KENAPA AKU BENCI UMNO???

Aku asalnya dari keluarga yang berfahaman UMNO. Sewaktu umurku 12 tahun, aku belajar di Institut Pendidikan Al-Balagul Mubin, Pasir Mas Kelantan. Pada masa itu, bapaku sering berpesan, belajar agama, tapi jangan jadi macam Nik Aziz. Aku pelik dengan pesanan itu. apa yang dimaksudkan oleh bapaku itu.

Di asrama, kawan-kawan dari pelajar kelantan selalu nyanyi lagu;

”alhamdulillah syukur nikmat, UMNO mampus rakyat selamat”
Aku pelik dengan nyanyian lagu itu. selalunya, di TV kedengaran lagunya seperti berikut;
”Alhamdulillah syukur nikmat, malaysia maju rakyat selamat”

Aku tanya kawan-kawan yang nyanyi lagu itu. kenapa sebut macam tu?? Mereka jawab, UMNO jahat. Sebab UMNOlah kita di kelantan di tekan dan ditindas. Tok Guru Nik Abdul Aziz yang baik pun dikatakan jahat.

Aku bingung. Bapaku kata, kalau ngaji agama jangan jadi macam Nik Aziz. Kawan-kawan kata, nik aziz ini orang baik. Mana satu ni????

Pelik.. memang pelik...

Selepas itu, aku belajar di Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas Kelantan atas nasihat Tuan Guru Haji Abdur Rahman Awang, seorang Tuan Guru dari Fatani, Thailand.

Guruku di Pondok Lubuk Tapah adalah, Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdur Rahman, yang meninggaldunia seminggu selepas pilihanraya umum baru-baru ini.

Dari beliaulah, aku berjaya menguasai ilmu nahu. Ilmu asas fiqh. Ilmu sorof. Dan banyak lagi.

Tuan Guru Haji Abdullah adalah kawan rapat dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Nikmat. Justeru, beliau selalu adakan pertemuan di Pondok, iaitu di sesi ziarah dan lawatan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat.

Tuan Guru Haji Abdullah sangat memuji Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Rapatnya antara Tok Guru nik abdul Aziz dengan Tuan Guru Haji Abdullah sehinggakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat dijemput oleh Tuan Guru Haji Abdullah untuk hadiri majlis kenduri kawin anak perempuan beliau.

Aku masih ingat, ketika itu aku ditugaskan sebagai ”juru kako” untuk menyiapkan hidangan makanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Aku belum pernah melihat Tuan Guru Nik abdul Aziz secara live, maka inilah peluang aku mahu melihat Tuan Guru nik Abdul Aziz dengan live, disamping ingin melihat seorang tokoh yang sangat-sangat mencontohi Rasulullah SAW itu.

Semasa makan, aku melihat di keliling Tok Guru Nik Abdul Aziz ada beberapa tokoh yang agak terkenal, seperti Abdur Razak Abbas, Dr Muhammad bin Daud dan Fatah harun (kalau tak silap, masa tu ADUN Rantau Panjang). Itu dua tokoh sahaja yang aku kenal ketika itu. adapun yang lain, aku tidak kenal langsung.

Aku melihat. Tok guru nik abdul aziz semasa makan, tidak bercakap panjang. Hanya memfokuskan kepada makan sahaja. Tapi yang sedang rancak berbual adalah Abdur Razak Abbas. Kedengaranlah bait-bait ayat:

”Hambo tok guru... bla.. bla.. bla... hambo tok guru.. bla...bla..bla”

Sejak dari itu, aku mula mengambil tahu tentang dunia politik. Lebih-lebih lagi, budak-budak pondok adalah golongan yang ekstrem membenci UMNO.

Aku di pondok ditanam doktrin UMNO adalah kafir. Aku berpegang dengan doktrin ini sehingga kini. Kami budak-budak pondok, apabila mengetahui sesuatu kedai makan itu adalah kepunyaan orang UMNO, pasti kami akan boikot, walaupun masakannya sedap macam mana pun. Pada kami, orang UMNO adalah orang yang mengkhianati islam. Makan kedai mereka, bermakna redha Islam dikhianati.

Malam-malam ceramah, walaupun jauh mencecah Kuala Krai, kami anak-anak pondok sanggup pergi mendengar ceramah, walaupun naik motosikal tanpa memakai topi, tetapi memakai serban. Apabila pulang dari ceramah, sudah pasti dalam pukul 3 pagi baru sampai di pondok. Tapi apakan daya, itu adalah minat kami ketika itu.

Aku masih ingat, penceramah yang aku minat ketika itu adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Bunyamin Yaaqub, Ustaz Nasaruddin Daud, Mat Sabu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Abdur Razak Abbas dan sebagainya.

Aku masing ingat lagi pantun yang selalu diungkap oleh ustaz Bunyamin Yaaqub;

”Anuar Musa, Brehem Ali;;
Gi ceramah pulau melaka;
Sekor buta, sekor tuli;
Tak nampak orang buat jasa”
Dan aku juga masih ingat, hujjah Ustaz Bunyamin Yaaqub mengapa mesti main politik atas masjid dengan hujjah beliau;
”mengapa masa kita azan, kita sebut ”Asy-hadu alla ilaha illallah” atas masjid. Dan kenapa kita sebut ”Asy-hadu anna muhammad rasulullah” atas masjid juga. Sedangkan, Allah maha suci. Dan nabi muhammad ini adalah manusia yang sama jenis dengan kita kencing dan berak??”

Dan aku masih ingat lagi, Hujjah Tok guru Nik Abdul Aziz yang menyebut undi PAS adalah wajib dengan kata Tok guru;

”kalau kita nak ambil air sembahyang, mesti ada air. Lalu air tak leh ada melainkan dengan gali telaga, maka gali telaga hukumnya adalah wajib. Begitujuga Undi PAS. Sebab, malaysia tak leh laksana islam melainkan kena ada parti, maka ada parti adalah wajib. Banyak-banyak parti, parti PAS sahaja nak kepada Islam, maka undi PAS adalah wajib. Oleh itu, undi UMNO adalah haram”

Dan aku masih ingat lagi, dikebanyakkan majlis-majlis ceramah, pengerusi yang disukai ramai adalah ayahda Pok Su Pi. Kalau orang lain jadi pengerusi, ceramah hari tu tidak semeriah mana.

Semakin hari, kebencian aku terhadap UMNO semakin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi, apabila media selalu sangat ratibkan kejadian memali di TV dan dikepilkan dengan ”amanat Tok guru Haji Abdul hadi” dengan menyatakan;

”kalau kita mati lawan UMNO, maka kita mati syahid”.

Padaku, UMNO memang jahat. Sehingga kini, aku tanam doktrin kepada dua orang anak aku, UMNO adalah parti kafir. Masuk UMNO, seperti masuk kafir.

Sejak belajar di Pondok itulah, aku selalu ”berperang dingin” dengan bapaku tentang PAS dan UMNO. ketika itu, bapaku amat kuat dengan UMNOnya. Beliau selalu menyebut, kalau PAS memerintah, nanti Malaysia tak maju. Beliau pegang dengan kata-kata Mahathir yang selalu ratib ayat sial itu.

Aku selalu bangkang. Dan dibangkang balik oleh bapaku. Tidak semena-mena, bapanya berubah, malah ibuku turut sama berubah. Bertukar parti, dari UMNO kepada PAS.

Kini, semua adik beradikku adalah ahli PAS. Cumanya, aku belum berjaya mengPASkan sebilangan besar bapa saudaraku. Pun begitu, walaupun dulu mereka kuat maki PAS, tetapi kini agak kendur, bahkan mengakui PAS adalah parti betul, cumanya mereka berat untuk tinggalkan UMNO kerana ”fulus”.

Kebencian aku terhadap UMNO semakin menjadi-jadi, apabila aku lihat susahnya para ustaz di Selangor nak berceramah agama di masjid dan surau. Ketika itu, aku amat berminat dengan ceramah agama. Antara ustaz-ustaz yang aku minat adalah, Ustaz Ghazali Hasbullah, Ustaz salahuddin Nasir, Ustaz Dahlan Masjid Airport, ustaz Ismail Mahmod, ustaz Ismail Kamus, ustaz Siddiq Nor dan banyak lagi.

Masjid tempat aku selalu lepak dengar ceramah adalah masjid Bandar Baru Sungai Buloh yang kini, aku sendiri mempunyai jadual kuliah mingguan di situ.

Bertambah membenci aku kepada UMNO, apabila dengan kejadian pemecatan Dato’ ishaq Baharum dari mufti disebabkan kes ratu cantik. Memang dasar UMNO ini parti kafir, sampai Dato’ Mufti ishak baharum laksanakan amar makruf nahi mungkar pun, mereka pecat.

Tambah-tambah lagi, di kampung aku sendiri. Aku dihalang oleh orang UMNO dari menjadi Imam dan Khatib di surau berhampiran dengan rumahku sendiri.

Sejak dahulu sehingga sekarang, aku tetap meletakkan satu keyakinan bahawa solat dibelakang Imam UMNO adalah tak sah. Pernah aku pergi solat jumaat, dalam khutbah, imam itu puji Islam hadhari ciptaan UMNO. Sejak dari itu, aku akan tengok jadual khatib masjid tersebut, apakah imam itu atau tidak. Jika imam itu, aku akan cari masjid lain. Aku tak akan solat di belakang Imam UMNO. padaku, solat belakang Imam UMNO, bermakna solat di belakang najis.

Padaku, UMNO memang jahat.. UMNO jijik dan kotor... sebab itu, UMNO adalah jijik dan kotor....hari ini kedengaran nak gabung dengan UMNO.. padaku, itu memang kerja gila.... orang yang seru gabung dengan UMNO, atau yang tulis kertas kerja nak gabung dengan UMNO. aku tak akan respek orang itu, walaupun dia belajar agama sampai PHD sekalipun....

Sekian

p/s : UMNO adalah jijik dan kotor !!!

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani

Pesanan tok guru

Dan aku masih ingat lagi, Hujjah Tok guru Nik Abdul Aziz yang menyebut undi PAS adalah wajib dengan kata Tok guru;


”kalau kita nak ambil air sembahyang, mesti ada air. Lalu air tak leh ada melainkan dengan gali telaga, maka gali telaga hukumnya adalah wajib. Begitujuga Undi PAS. Sebab, malaysia tak leh laksana islam melainkan kena ada parti, maka ada parti adalah wajib. Banyak-banyak parti, parti PAS sahaja nak kepada Islam, maka undi PAS adalah wajib. Oleh itu, undi UMNO adalah haram

Musuh Allah x akan duduk diam

Kenapa org Kristian kat amerika ke england ke etc x nak pakai pon perkataan Allah...

yahudi pon pakai Yahweh atau Jehovah... x der plak nak pakai Allah
yg Malaysia plak beria-ria nak pakai Allah... why ek? Hurm...
5 January 2010 20:09

Al-Bakistani said...

timbul pula satu soalan... bagaimana pula kristian di Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan mengunakan kalimah Allah dalam bible mereka???
Qaradhawi tak pernah marah pun???

5 January 2010 23:34

simex said...
timbul pula satu soalan..
bagaimana dgn masyarakat kita yang rendah ilmu agamnya..mungkin kah mereka akan terkeliru..yang mana mereka tak tahu isu ini sedang hangat..tgk2 satu hari nanti, mereka membaca artikel atau kitab dari pihak kristian ini..adakah mereka akan terkeliru?..
sebab bila saya bergaul dgn mereka..mereka tidak ambil peduli pun isu2 semasa..yg hidup untuk bergembira sahaja..adakah mereka tidak akan terkeliru?

5 January 2010 23:54

rizan said...

Kita seharusnya tegas dalam pendirian kita. Penggunaan kalimah suci Allah dalam penerbitan bahan bacaan agama lain selain islam boleh mengelirukan orang ramai terutama yg kurang pendidikan agamanya atau pun kepada kanak2. Ini adalah salah satu misi mubaligh2 kristian dalam memporak perandakan pemahaman umat islam tentang agama islam itu sendiri.
Jangan memperdagangkan isu kalimah suci ini untuk kepentingan politik semata.

6 January 2010 22:18

online bachelor degree said...

Dlm permasalahan ni,dpt di lihat kerajaan pusat yg di tunjangi BN mengambil sikap sambil lewa.TPM dan PM berdolak dalih.Kenapa klau isu2 yg melibatkan politik kotor BN mereka sanggup bawak ke mahkamah rayuan.Seharusnya masalah ni di selesaikan dgn cepat agar tidak menimbulkan kekeliruan rakyat

Selamat datang

Kejayaan manusia dalam agamanya taat kepada Allah ikut cara Rasullullah SAW