myspace backgrounds
Myspace Backgrounds

Mengenai Saya

Foto saya
Islam dan sunnah adalah cara hidupku

Sabtu, 9 Januari 2010

Pesanan tok guru

Dan aku masih ingat lagi, Hujjah Tok guru Nik Abdul Aziz yang menyebut undi PAS adalah wajib dengan kata Tok guru;


”kalau kita nak ambil air sembahyang, mesti ada air. Lalu air tak leh ada melainkan dengan gali telaga, maka gali telaga hukumnya adalah wajib. Begitujuga Undi PAS. Sebab, malaysia tak leh laksana islam melainkan kena ada parti, maka ada parti adalah wajib. Banyak-banyak parti, parti PAS sahaja nak kepada Islam, maka undi PAS adalah wajib. Oleh itu, undi UMNO adalah haram

Musuh Allah x akan duduk diam

Kenapa org Kristian kat amerika ke england ke etc x nak pakai pon perkataan Allah...

yahudi pon pakai Yahweh atau Jehovah... x der plak nak pakai Allah
yg Malaysia plak beria-ria nak pakai Allah... why ek? Hurm...
5 January 2010 20:09

Al-Bakistani said...

timbul pula satu soalan... bagaimana pula kristian di Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan mengunakan kalimah Allah dalam bible mereka???
Qaradhawi tak pernah marah pun???

5 January 2010 23:34

simex said...
timbul pula satu soalan..
bagaimana dgn masyarakat kita yang rendah ilmu agamnya..mungkin kah mereka akan terkeliru..yang mana mereka tak tahu isu ini sedang hangat..tgk2 satu hari nanti, mereka membaca artikel atau kitab dari pihak kristian ini..adakah mereka akan terkeliru?..
sebab bila saya bergaul dgn mereka..mereka tidak ambil peduli pun isu2 semasa..yg hidup untuk bergembira sahaja..adakah mereka tidak akan terkeliru?

5 January 2010 23:54

rizan said...

Kita seharusnya tegas dalam pendirian kita. Penggunaan kalimah suci Allah dalam penerbitan bahan bacaan agama lain selain islam boleh mengelirukan orang ramai terutama yg kurang pendidikan agamanya atau pun kepada kanak2. Ini adalah salah satu misi mubaligh2 kristian dalam memporak perandakan pemahaman umat islam tentang agama islam itu sendiri.
Jangan memperdagangkan isu kalimah suci ini untuk kepentingan politik semata.

6 January 2010 22:18

online bachelor degree said...

Dlm permasalahan ni,dpt di lihat kerajaan pusat yg di tunjangi BN mengambil sikap sambil lewa.TPM dan PM berdolak dalih.Kenapa klau isu2 yg melibatkan politik kotor BN mereka sanggup bawak ke mahkamah rayuan.Seharusnya masalah ni di selesaikan dgn cepat agar tidak menimbulkan kekeliruan rakyat

Rabu, 6 Januari 2010

Peluangan perniagaan

Score A adalah satu daripada langkah mudah untuk pelajar2 daripada tadika hingga ke tingkatan 5 ......untuk mengulangkaji pelajaran......amat mudah sekali berbanding zaman aku belajar dulu......membosankan....penuh dgn tekanan......pelajaran yg tidak teratur......terpaksa belajar hingga ke larut malam.......kadang2 tak masuk pun apa yg dipelajari.....
Tapi sekarang amat mudah....betullah apa yang agama kita ajar...umat akhir zaman ...adalah umat2 yg beruntung......belajar seolah2 bermain game.....on the spot jawapan akan ditunjukkan.....rujukan yg amat pantas......soalan2 ulangkaji yg terkini dan terlalau banyak.....sampaikan ada penguna yg beritahu...dulu anak dia periksa 40 keatas skg bawah daripada no 10......dgn anak nya yg terlalu nakal pun boleh berjaya......
System yg kami niagakan ini x perlu keluarkan modal ...semuanya di pinjamkan oleh keporasi Selangor....anda perlu mencari 4 org sahaja......dari situ kita boleh menjana pendapatan yg lumayan ..tanpa batas.......
Anak score A
Kita score Ringgit......
hubungi Roslan
013 7206509

Isnin, 4 Januari 2010

Tolong ajarkan aku sifu.....

Aku tengok dia org punya blog semuqa terror2 lah......boleh buat masukkan lagu...boleh letak counter pelawat...puas aku try.....hampeh.....sapa2 nak tolong ajar kat aku boleh e mail kan kat aku:
roslan6509@yahoo.com                 atau
roslan.mh@calsonicci.com.my
nanti aku boleh ajarkan autocad atau solid edge 3d atau cnc
untung tau ajar org dgn ikhlas....ilmu yg di pergunakan.......saham kita di akhirat nanti....

Ahad, 3 Januari 2010

Riba

Hari ini aku dapat satu ilmu lagi.Selama ini aku tak perasan.........
"Sesungguhnya orang yang makan riba itu.....
Tidak bangkit daripada kubur
kecuali bangkitnya seperti orang yang dirasuk syaitan
Sesungguhnya ia berkata ,berjual beli itu sama seperti riba
padahal Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba
maka sesiapa yang faham dan mengerti hendaklah tinggalkan dan bertaubat....."
Ayat di atas dulu aku ingat sampai sekarang dari aku form 5.....Dulu aku ingat bank aje yg makan riba...rupa2nya dgn aku2 sekali terlibat.....suit aje......Orang yang kasi riba kat org lain pun dikira sama......Ustat Azhar cakap....
Negara Islam hancur dan ikut telunjuk yahudi di sebabkan hutang riba yg terlalu banyak......
Bukan aku aje kena ...ustat2 ,pak iman...pak bilal....pun sama juga....segelintir aje yg x kena.....lain sapu bersih....pulun habis.......takut juga aku ni.....mana tahu esok mati....dah lah hutang banyak.....terbabit dgn riba pulak.....
Aku pernah dengar ustat drpd Indon kata.....akhir zaman ni x boleh lari drpd riba.....tapi cuba elakkan daripada terlibat.....kalau x da hal penting x payah pinjam bank....kalu ada islamic...pilih islamic loan....

Fikir2 kan lah.....
Selamatkan diri kita, ibubapa kita ,keluarga kita ,saudara2 kita,semua umat Rasullulah SAW daripada azab Allah SWT

Rabu, 30 Disember 2009

Sardin punya cerita.......

JANGAN MAKAN SARDIN






Assalamualaikum wbh





Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.



Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.



Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.



Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.



Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Ikan yang ditinkan ke dalam tin, sewaktu pemprosesannya ia tidak boleh direbus lama kerana ini akan menjadikan ikan ini hancur.



Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.



Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.



Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.



Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.



Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.



Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.





Wassalam wallahualam





Emjay



Prev: Penulisan Al-Qur'an dan perkembangannya

Next: Amalan yang terbalik

Selasa, 29 Disember 2009

Tanda-tanda akhir zaman ialah zina bermaharajalela. Statistik di bawah dari tahun 1999 sehingga 2003. Sebanyak 30, 978 dari 70,430 kelahiran anak luar nikah ialah dari anak orang Islam. Selangor menjuarai dengan 12,836 orang.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Statistik ini sehingga tahun 2003. Kalau sampai tahun 2009 ni mungkin dah beratus ribu agaknya.

Janganlah kamu mendekati zina!

Selamat datang

Kejayaan manusia dalam agamanya taat kepada Allah ikut cara Rasullullah SAW