Komen oleh Shamsul
shamsul, di April 30th, 2008 pada 11:47 am
saya dah masuk ke alam bunian 2,3 kali best jugak banyak perbezaan dari alam kita.penduduk disana tolong-menolong dan byk lg.tiada hasad dengki.itu perkampungan bunian islam.memang betul waktu disana sekejap tp di alam manusia lama.byk lg yang saya tahu tp cukup setakat tu.
shamsul, di April 30th, 2008 pada 3:09 pm
mereka juga menggunakan duit yg sama spt kite.mkn,minum dsb.cume kt x nampak mereka.cuace tempat mereka sejuk sedikit dan berkabus sikit.teknologi mereka sama mcm kite.
shamsul, di Mei 7th, 2008 pada 3:49 pm
ini adalah anugerah allah.saya tak tahu ia dtg dari maner.saya tak belajar dari sesiapa pun tp ia dtg sendiri selalunya semasa tidur. dulu pernah menumpangkan seorang lelaki sekitar umur 50an wajahnya ceria je.disuruh saya menghantarnya ke satu dlm kul 12.30 pg.nampak mcm dlm kesusahan saya pun dgn rela hati menghantar saudara ni menaiki motor ke tempatnya adalah pelik sekali mula2 tu oklah tempat tu mcm kita gak tp yg peliknya laluan motor je yg boleh lalu tp terdtp lori besar yg masuk.sejak tulah saya dpt msk ke alamnya semasa tidur saya.tp seolah2 saya terjaga dan rasa mcm spt alam kita.dpt melihat org2nya kehidupan meraka dan bermcm lg.yg penting saya dpt berjumpa dgn penghulunya dialam tu.nak masuk ke alam tu ada syaratnya.nantila saya akan cerita dan berkongsi bersama2 apa yg telah saya lalui.ini bukan tipu tetapi adalah benar sama sekali.ini adalah satu anugerah allah kpd saya.alhamdulillah..yg penting org2 tu semuanya beragama islam.
shamsul, di Mei 9th, 2008 pada 5:52 pm
terima kasih pada saudara2 kerana sudi ingatkan saya.nanti sekiranya ada terlebih masa akan saya ceritakan berkenaan alam bunian yang selama ini mungkin ada di antara kita tidak pernah terfikir keadaanya.saya pun taklah pandai sangat tentang alam ini ,sikit2 bolehla.
shamsul, di Mei 15th, 2008 pada 12:49 pm
Secara jujurnya banyak lg yg hendak saya ceritakan tentang alam bunian ni tp takut orang2 tidak mempercayainya.sebab saya dan mak saudara saya dah melaluinya dan sekarang mak saudara saya dapat mengubati pesakit yg mempunyai pelbagai penyakit hasil dari kunjungannya kealam tersebut.
shamsul, di Mei 20th, 2008 pada 2:23 pm
Saya cadangkan agar kawan Hikmatun dptkan rawatan di darul syifa,di situ sesuai.Pada pandangan saya penyakit kawan Hikmatun mungkin saka atau buatan orang menggunakan ilmu hitam/batin.Saudara Mahmud ada juga segelintir jin atau bunian yg boleh menjelmakan dirinya hanya org tertentu yg dpt melihatnya.
shamsul, di Jun 4th, 2008 pada 1:49 pm
Klu ke gunung Ledang atau Jerai jgn pegang,ambil atau sbgnye benda yg nampak pelik dan jgn sesekali menegur kerana disekeliling anda ada benda tu dan dgn kata senang anda dah hampir memasuki alam bunian.tp anda tidak nampak mereka tp mereka akan nampak anda.mungkin ada bau wangi skit tandanyer mereka ada disitu.saya pun sekarang ni asyik terdengar suara mereka memanggil datang kesana.selalunyer mereka yg hendak kerkawan dengan kite akan didengarkan suara2 begitu.samada mereka akan ambil saudara terus ataupun dipinjamkan sebentar diatas apa2 urusan.Dari pengalaman saya mereka ikhlas dan baik terhadap manusia.cuma kadang2 kite je yg takut terhadap mereka.x dinafikan ada jugak dikalangan mereka kafir mcm kita jugak di alam manusia.Sekiranya anda bernasib baik akan masuk jugak ke alam mereka dan anda akan tahu apa yg anda nak tahu di alam mereka.Ada x saper yg tahu lg tenteng alam mereka boleh kita kongsi bersama k.Di gunung Ledang di tingkat tiga x silap saya dekat dgn air terjun ada salah satu perkampungan mereka.klu bernasib anda akan nampak.
shamsul, di Jun 12th, 2008 pada 11:30 am
sekiranya saudara2 di bukakan hijab untuk melihat alam ghaib tentu saudara takut,cemas untuk melihatnya.ada betul juga cerita saudara ninja tersebut sbb benda2 ni saya biasa nampak x kira mlm atau siang kerana benda2 ni wujud dan ada sekeliling kita cuma kita saja yg x nampak selain dari bunian.
shamsul, di Ogos 21st, 2008 pada 12:42 pm
klu bunian yg baik lg beriman mereka akan layan kita sebaiknya (sekiranya kita terjumpanya)tp klu yg kafir tu yg bawak masalah .dan jgn sesekali menceroboh kawasan mereka kelak buruk padahnya,minta izin dahulu spt kita ingin memasuki rumah org.biarlah beradab.tgklah apa yang terjadi di sekolah tanjung lumpur kuantan baru-baru ini.masyarakat sekarang ni mana percayai sangat perkara-perkara mcmni.
shamsul, di Ogos 29th, 2008 pada 3:45 pm
Saya memang bercadang nak ke gunung ledang dan jerai,tp bkn sekarang.di gunung jerai ada sebuah telaga diberi nama pak sheikh dan sekiranya anda bernasib baik akan nampak sebuah surau kecil dimana surau ini selalu orang bunian gunakan untuk sembahyang dan sekiranya terdengar suara azan pasti mereka ada disitu.disitu juga terdapat sebuah kerajaan besar bunian.mereka mcm kita gak..mereka tiada raja cuma dipanggil peghulu bunian.sy dulu pernah dihadiahkan batu2 delima untuk dibuat ubat,kertas yg mengandungi ayat2 suci yg dialaskan dgn kain kuning,tasbih berwarna mutiara danlain2.tp sy x ambil.yg memberikan kepada sy adalah seorang tua berwajah sungguh cerah dan bercahaya memakai baju jubah berwarna putih sambil memegang tasbih.terpulanglah pada saudara2 nak percaya atau tidak.ini sekadar pengalaman sy.
shamsul, di Ogos 29th, 2008 pada 3:57 pm
Ada seorang ustaz dan pensyarah yang sedang membawa para pelajar2 orentasi secara tiba2 terdengar suara orang azan di salah sebuah gua di kota gelanggi dijerantut pahang.tempat itu selalu dikaitkan dengan orang bunian.pengalaman tersebut diceritakan selepas habis xtvt tersebut.disekitar kawasan tersebut sungguh bersih seperti ada orang yg menjaganya.sepanjang berada disitu tidak dibenarkan bercakap takbur kelak buruk padahnya.jd kepada sesiapa di kalangan saudara2 yg ingin merasai pengalaman tersebut silalah kesana, mana tahu nasib anda baik akan bertemu dengan orang bunian tersebut.
shamsul, di September 3rd, 2008 pada 4:12 pm
sebenarnya sy was-was nak ambil. lgpun x diberitahu penggunaanya kpd sy mengenai barangan tersebut .telaga tersebut ada di alam kt.gunung jerai ni besar mampukah saudara menjumpainye.ada pantang larangnye carilah guru untuk mengetahuinya.sy kurang berkebolehan dlm soal ini.
shamsul, di September 4th, 2008 pada 10:03 am
Utk diri sy seorang bolehla sy tengok alam mereka,tp jikalau ada orang lain yg mengikuti sy berkemungkinan orang tu tak akan dapat melihat alam mereka.Ini bukan sy membuat perjanjian dgn mereka tp itu adalah syaratnya .Klau sy sampai di gunung ledang seolah-seolah mcm ada orang menunjukkan jalan ke perkampungan mereka.Dan nasihat sy jikalau saudara-saudara ingin melihat alam mereka semasa berada di ledang atau jerai bawalah seseorang yg afir tentang mereka yg dapat membantu anda.
shamsul, di Februari 22nd, 2009 pada 9:08 pm
Dlm filem bunian tu rasanye byk x btk dr btl kot, bukan senang nak masuk alam mereka klu mereka x izinkan.klu nak cari spec btl2 orang bunian tu byk sgt yg direka2 cerita sekarang.kain yg dipakai oleh pelakon2 filem tu hampir sama dgn yg dipakai oleh org bunian tp gayanya berlainan.di alam mereka ada yg berpuak2 mcm kita jgk ada baik dan tidak,yg baik taat pada agama dan hidup bersaudara manakala yg kurang baik plak selalu ngaggu manusia2 spt menyesatkan mereka cthnye ketika manusia di hutan dsb.semasa sy ke alam mereka jika diberikan salam x penuh mereka tidakkan jawab sebaliknye mereka buat x tau jer.semasa di masjid mereka tgh mengaji al-quran pakaian semua sama kopiah dan masjid pun sama warna putih nampak bercahaya baunye seolah2 minyak atar yg lembut.baru2 ni saudara sy p gunung jerai disalah puncak tersebut ada terdpt satu taman bonsai termasuk kerusi dari pokok bonsai spt dijaga rapi tp awas tu kawasan mereka yg uruskan jgn buat sebarangan nanti dpt sakit .
Komen Oleh Wannie
wannie, di Oktober 12th, 2008 pada 3:59 am
saya bukan dari ugama isalam, tetapi saya ingin mengatakan nasib saya sama dengan merka yang lain ini. saya selama ini menang mahu mencari tempat saya menceritakan nasib saya. dari kecil saya telah pun dihuni oleh orang dari alam lain. saya tak berapa tahu tentang itu, kerana saya tak tahu tentang alam gaib atau jin. tetapi yang peliknya merka yang selalu menjaga saya ini ilah orang atas, seperti puteri. ini bukan cerita di dalam tv atau dibuat2 tetapi ini betul2 terjadi pada diri saya. dan hingga kini saya masih lagi bersekutu dengan meraka. meraka ini amat alim dankuat beriman kepada tuhan. yang selah sorang daripada meraka ialah adalah suami saya di alam gaib. namanya ialah DEWATA PURMA KANCANDA SANDORO. dari kayangan langit. dia yang sangat mencintai saya dan kami telah pun berkahwin dan ada menpunyai seorang anak di alam gaib. dia berugama isalam dan sangat alim, dan meraka di sana amat suci dan alam dari apapun yang meraka nama allah sentiasa dipuji, jauh dari mahluk manusia kealaman meraka. dan tempat tinggal meraka di buat dari pada emas. dan pakain meraka putuh bersih. dan yang saya ingin tanya kenapa saya dapat melihat meraka padahal saya bukan isalam. dan apa pehujung basib saya nanti?
Komen Oleh Rahimah
rahimah, di Mei 7th, 2009 pada 5:34 pm
boleh nak mencelah sikit.. saya ada nenek moyang dari bunian (kalau benarlah kata dia-dia itu org bunian yang meminjam tubuh manusia yg saya kenal). dia selalu suruh saya solat, baca quran dan taatkan suami supaya saya boleh masuk ke dalam . saya pernah disuruh ke Bukit Malawati untuk melihat dunia orang bunian.. tapi malangnya saya tidak dapat masuk tetapi gambar2 yang saya ambil di Bukit itu melalui digital camera, jelas terpampang gambar moyang saya yang sangat kacak, serta sanak saudara saya yang lain bagi saya selain dia tidak mengajar saya kesesatan, saya terima dia sebagai saudara saya.. makhluk tuhan juga. oh! dia cukup marah apabila saya katakan dia jin.. dia kata bunian tidak sama dengan jin. bunian adalah manusia biasa. di alam bunian ,jin islam menjadi hamba jin kafir diperangi habis2an kerana merebut dimensi bunian adalah minoriti di alam ghaib jadi mereka memang keras terhadap jin kerana tidak mahu ditindas oleh jin.. wallahualam.
Dan sini ada komen membina oleh Jamaludin69 dan aku tertarik dengan penjelasan beliau
Jamaludin69, Di November 1, 2008 pada 5:18 pm
kita sebagai keturunan adam semua ada kelebihan keistimewaan yang diberi Allah yang dipanggil supernatural atau bakat semulajadi sejak dari bayi lagi ..hingga dapat menembus ke alam ghaib ,melihat dan memerintah segala makhluk ghaib termasuk jin,iblis ,bunian malaikat,binatang dan lainnya..kerana kita adalah khalifah yang diberi amanah memerintah langit dan bumi di atas dari segala makhluk ..namun itu terjadi jika kita amanah pada allah dengan memelihara iman dan sentiasa memebersihkan jiwa/nafsu..Bila telah bersih jiwa dengan sering dimandi dengan kalimah allah dan zikir zikir..maka kuatlah pula roh kita dan teranglah mata dalam kita hingga mampu melihat ke alam ghaib,syurga dan neraka..Bila telah bersih maka tunduklah kitaa pada allah,,bila nafsu telah tunduk pada allah..maka tunduk dan patuhla segala makhluk pada kita..itulah khalifah namanya bila nafsu/jiwa kita kotor maka engkarlah kita kepada kebesaran allah dan sifat ketuhahan sifat.hingga jadilah manusia itu syaitan yang paling nyata dan sejahat jahat makhluk lebih dari jin,iblis,bunian dan syaitan..hinnga wujudlah iblis,jin,bunian kafir dari sifat murka allah iaitu Al Muzill yang merendah,menghina dan membinasakan hambanya..dan mengganggu ,merosakan dan menzalimi mereka dengan kedatangan pelbagai gangguan danpenyakit misteri akibat dari jin dan iblis ..kerana telah lemahlah iman dan jiwa mereka kepada kebesaran tuhannya hingga datang kesedaran,insaf dan taubat terhadap Allah..barulah hilang atau pudar segala kejahatan/gangguan jin dan syaitan
Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t. Ini baru mengenai jin belum lagi Syurga ciptaan-Nya.
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi, Dan naungan yang terbentang luas, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula dilarang mendapatnya, Dan tempat-tempat tidur yang tebal (lagi empuk). Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka (bidarari-bidari itu) dengan ciptaan istimewa (tanpa melaui proses kelahiran terlebih dahulu), Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya umurnya. Surah Al-Waqi’ah Ayat 29-37
Sampai disini dahulu semoga mendapat manfaat dari kongsian saudara-saudara kita. Amin. Assalamualaikum.
1 ulasan:
terima kasih kerana berkongsi...=)
Catat Ulasan