myspace backgrounds
Myspace Backgrounds

Mengenai Saya

Foto saya
Islam dan sunnah adalah cara hidupku

Isnin, 1 Februari 2010

Di petik dari blog lain

Komen oleh Shamsul

shamsul, di April 30th, 2008 pada 11:47 am
saya dah masuk ke alam bunian 2,3 kali best jugak banyak perbezaan dari alam kita.penduduk disana tolong-menolong dan byk lg.tiada hasad dengki.itu perkampungan bunian islam.memang betul waktu disana sekejap tp di alam manusia lama.byk lg yang saya tahu tp cukup setakat tu.

shamsul, di April 30th, 2008 pada 3:09 pm
mereka juga menggunakan duit yg sama spt kite.mkn,minum dsb.cume kt x nampak mereka.cuace tempat mereka sejuk sedikit dan berkabus sikit.teknologi mereka sama mcm kite.

shamsul, di Mei 7th, 2008 pada 3:49 pm
ini adalah anugerah allah.saya tak tahu ia dtg dari maner.saya tak belajar dari sesiapa pun tp ia dtg sendiri selalunya semasa tidur. dulu pernah menumpangkan seorang lelaki sekitar umur 50an wajahnya ceria je.disuruh saya menghantarnya ke satu dlm kul 12.30 pg.nampak mcm dlm kesusahan saya pun dgn rela hati menghantar saudara ni menaiki motor ke tempatnya adalah pelik sekali mula2 tu oklah tempat tu mcm kita gak tp yg peliknya laluan motor je yg boleh lalu tp terdtp lori besar yg masuk.sejak tulah saya dpt msk ke alamnya semasa tidur saya.tp seolah2 saya terjaga dan rasa mcm spt alam kita.dpt melihat org2nya kehidupan meraka dan bermcm lg.yg penting saya dpt berjumpa dgn penghulunya dialam tu.nak masuk ke alam tu ada syaratnya.nantila saya akan cerita dan berkongsi bersama2 apa yg telah saya lalui.ini bukan tipu tetapi adalah benar sama sekali.ini adalah satu anugerah allah kpd saya.alhamdulillah..yg penting org2 tu semuanya beragama islam.

shamsul, di Mei 9th, 2008 pada 5:52 pm
terima kasih pada saudara2 kerana sudi ingatkan saya.nanti sekiranya ada terlebih masa akan saya ceritakan berkenaan alam bunian yang selama ini mungkin ada di antara kita tidak pernah terfikir keadaanya.saya pun taklah pandai sangat tentang alam ini ,sikit2 bolehla.

shamsul, di Mei 15th, 2008 pada 12:49 pm
Secara jujurnya banyak lg yg hendak saya ceritakan tentang alam bunian ni tp takut orang2 tidak mempercayainya.sebab saya dan mak saudara saya dah melaluinya dan sekarang mak saudara saya dapat mengubati pesakit yg mempunyai pelbagai penyakit hasil dari kunjungannya kealam tersebut.

shamsul, di Mei 20th, 2008 pada 2:23 pm
Saya cadangkan agar kawan Hikmatun dptkan rawatan di darul syifa,di situ sesuai.Pada pandangan saya penyakit kawan Hikmatun mungkin saka atau buatan orang menggunakan ilmu hitam/batin.Saudara Mahmud ada juga segelintir jin atau bunian yg boleh menjelmakan dirinya hanya org tertentu yg dpt melihatnya.

shamsul, di Jun 4th, 2008 pada 1:49 pm
Klu ke gunung Ledang atau Jerai jgn pegang,ambil atau sbgnye benda yg nampak pelik dan jgn sesekali menegur kerana disekeliling anda ada benda tu dan dgn kata senang anda dah hampir memasuki alam bunian.tp anda tidak nampak mereka tp mereka akan nampak anda.mungkin ada bau wangi skit tandanyer mereka ada disitu.saya pun sekarang ni asyik terdengar suara mereka memanggil datang kesana.selalunyer mereka yg hendak kerkawan dengan kite akan didengarkan suara2 begitu.samada mereka akan ambil saudara terus ataupun dipinjamkan sebentar diatas apa2 urusan.Dari pengalaman saya mereka ikhlas dan baik terhadap manusia.cuma kadang2 kite je yg takut terhadap mereka.x dinafikan ada jugak dikalangan mereka kafir mcm kita jugak di alam manusia.Sekiranya anda bernasib baik akan masuk jugak ke alam mereka dan anda akan tahu apa yg anda nak tahu di alam mereka.Ada x saper yg tahu lg tenteng alam mereka boleh kita kongsi bersama k.Di gunung Ledang di tingkat tiga x silap saya dekat dgn air terjun ada salah satu perkampungan mereka.klu bernasib anda akan nampak.

shamsul, di Jun 12th, 2008 pada 11:30 am
sekiranya saudara2 di bukakan hijab untuk melihat alam ghaib tentu saudara takut,cemas untuk melihatnya.ada betul juga cerita saudara ninja tersebut sbb benda2 ni saya biasa nampak x kira mlm atau siang kerana benda2 ni wujud dan ada sekeliling kita cuma kita saja yg x nampak selain dari bunian.

shamsul, di Ogos 21st, 2008 pada 12:42 pm
klu bunian yg baik lg beriman mereka akan layan kita sebaiknya (sekiranya kita terjumpanya)tp klu yg kafir tu yg bawak masalah .dan jgn sesekali menceroboh kawasan mereka kelak buruk padahnya,minta izin dahulu spt kita ingin memasuki rumah org.biarlah beradab.tgklah apa yang terjadi di sekolah tanjung lumpur kuantan baru-baru ini.masyarakat sekarang ni mana percayai sangat perkara-perkara mcmni.

shamsul, di Ogos 29th, 2008 pada 3:45 pm
Saya memang bercadang nak ke gunung ledang dan jerai,tp bkn sekarang.di gunung jerai ada sebuah telaga diberi nama pak sheikh dan sekiranya anda bernasib baik akan nampak sebuah surau kecil dimana surau ini selalu orang bunian gunakan untuk sembahyang dan sekiranya terdengar suara azan pasti mereka ada disitu.disitu juga terdapat sebuah kerajaan besar bunian.mereka mcm kita gak..mereka tiada raja cuma dipanggil peghulu bunian.sy dulu pernah dihadiahkan batu2 delima untuk dibuat ubat,kertas yg mengandungi ayat2 suci yg dialaskan dgn kain kuning,tasbih berwarna mutiara danlain2.tp sy x ambil.yg memberikan kepada sy adalah seorang tua berwajah sungguh cerah dan bercahaya memakai baju jubah berwarna putih sambil memegang tasbih.terpulanglah pada saudara2 nak percaya atau tidak.ini sekadar pengalaman sy.

shamsul, di Ogos 29th, 2008 pada 3:57 pm
Ada seorang ustaz dan pensyarah yang sedang membawa para pelajar2 orentasi secara tiba2 terdengar suara orang azan di salah sebuah gua di kota gelanggi dijerantut pahang.tempat itu selalu dikaitkan dengan orang bunian.pengalaman tersebut diceritakan selepas habis xtvt tersebut.disekitar kawasan tersebut sungguh bersih seperti ada orang yg menjaganya.sepanjang berada disitu tidak dibenarkan bercakap takbur kelak buruk padahnya.jd kepada sesiapa di kalangan saudara2 yg ingin merasai pengalaman tersebut silalah kesana, mana tahu nasib anda baik akan bertemu dengan orang bunian tersebut.

shamsul, di September 3rd, 2008 pada 4:12 pm
sebenarnya sy was-was nak ambil. lgpun x diberitahu penggunaanya kpd sy mengenai barangan tersebut .telaga tersebut ada di alam kt.gunung jerai ni besar mampukah saudara menjumpainye.ada pantang larangnye carilah guru untuk mengetahuinya.sy kurang berkebolehan dlm soal ini.

shamsul, di September 4th, 2008 pada 10:03 am
Utk diri sy seorang bolehla sy tengok alam mereka,tp jikalau ada orang lain yg mengikuti sy berkemungkinan orang tu tak akan dapat melihat alam mereka.Ini bukan sy membuat perjanjian dgn mereka tp itu adalah syaratnya .Klau sy sampai di gunung ledang seolah-seolah mcm ada orang menunjukkan jalan ke perkampungan mereka.Dan nasihat sy jikalau saudara-saudara ingin melihat alam mereka semasa berada di ledang atau jerai bawalah seseorang yg afir tentang mereka yg dapat membantu anda.

shamsul, di Februari 22nd, 2009 pada 9:08 pm
Dlm filem bunian tu rasanye byk x btk dr btl kot, bukan senang nak masuk alam mereka klu mereka x izinkan.klu nak cari spec btl2 orang bunian tu byk sgt yg direka2 cerita sekarang.kain yg dipakai oleh pelakon2 filem tu hampir sama dgn yg dipakai oleh org bunian tp gayanya berlainan.di alam mereka ada yg berpuak2 mcm kita jgk ada baik dan tidak,yg baik taat pada agama dan hidup bersaudara manakala yg kurang baik plak selalu ngaggu manusia2 spt menyesatkan mereka cthnye ketika manusia di hutan dsb.semasa sy ke alam mereka jika diberikan salam x penuh mereka tidakkan jawab sebaliknye mereka buat x tau jer.semasa di masjid mereka tgh mengaji al-quran pakaian semua sama kopiah dan masjid pun sama warna putih nampak bercahaya baunye seolah2 minyak atar yg lembut.baru2 ni saudara sy p gunung jerai disalah puncak tersebut ada terdpt satu taman bonsai termasuk kerusi dari pokok bonsai spt dijaga rapi tp awas tu kawasan mereka yg uruskan jgn buat sebarangan nanti dpt sakit .

Komen Oleh Wannie

wannie, di Oktober 12th, 2008 pada 3:59 am
saya bukan dari ugama isalam, tetapi saya ingin mengatakan nasib saya sama dengan merka yang lain ini. saya selama ini menang mahu mencari tempat saya menceritakan nasib saya. dari kecil saya telah pun dihuni oleh orang dari alam lain. saya tak berapa tahu tentang itu, kerana saya tak tahu tentang alam gaib atau jin. tetapi yang peliknya merka yang selalu menjaga saya ini ilah orang atas, seperti puteri. ini bukan cerita di dalam tv atau dibuat2 tetapi ini betul2 terjadi pada diri saya. dan hingga kini saya masih lagi bersekutu dengan meraka. meraka ini amat alim dankuat beriman kepada tuhan. yang selah sorang daripada meraka ialah adalah suami saya di alam gaib. namanya ialah DEWATA PURMA KANCANDA SANDORO. dari kayangan langit. dia yang sangat mencintai saya dan kami telah pun berkahwin dan ada menpunyai seorang anak di alam gaib. dia berugama isalam dan sangat alim, dan meraka di sana amat suci dan alam dari apapun yang meraka nama allah sentiasa dipuji, jauh dari mahluk manusia kealaman meraka. dan tempat tinggal meraka di buat dari pada emas. dan pakain meraka putuh bersih. dan yang saya ingin tanya kenapa saya dapat melihat meraka padahal saya bukan isalam. dan apa pehujung basib saya nanti?

Komen Oleh Rahimah

rahimah, di Mei 7th, 2009 pada 5:34 pm
boleh nak mencelah sikit.. saya ada nenek moyang dari bunian (kalau benarlah kata dia-dia itu org bunian yang meminjam tubuh manusia yg saya kenal). dia selalu suruh saya solat, baca quran dan taatkan suami supaya saya boleh masuk ke dalam . saya pernah disuruh ke Bukit Malawati untuk melihat dunia orang bunian.. tapi malangnya saya tidak dapat masuk tetapi gambar2 yang saya ambil di Bukit itu melalui digital camera, jelas terpampang gambar moyang saya yang sangat kacak, serta sanak saudara saya yang lain bagi saya selain dia tidak mengajar saya kesesatan, saya terima dia sebagai saudara saya.. makhluk tuhan juga. oh! dia cukup marah apabila saya katakan dia jin.. dia kata bunian tidak sama dengan jin. bunian adalah manusia biasa. di alam bunian ,jin islam menjadi hamba jin kafir diperangi habis2an kerana merebut dimensi bunian adalah minoriti di alam ghaib jadi mereka memang keras terhadap jin kerana tidak mahu ditindas oleh jin.. wallahualam.

Dan sini ada komen membina oleh Jamaludin69 dan aku tertarik dengan penjelasan beliau

Jamaludin69, Di November 1, 2008 pada 5:18 pm
kita sebagai keturunan adam semua ada kelebihan keistimewaan yang diberi Allah yang dipanggil supernatural atau bakat semulajadi sejak dari bayi lagi ..hingga dapat menembus ke alam ghaib ,melihat dan memerintah segala makhluk ghaib termasuk jin,iblis ,bunian malaikat,binatang dan lainnya..kerana kita adalah khalifah yang diberi amanah memerintah langit dan bumi di atas dari segala makhluk ..namun itu terjadi jika kita amanah pada allah dengan memelihara iman dan sentiasa memebersihkan jiwa/nafsu..Bila telah bersih jiwa dengan sering dimandi dengan kalimah allah dan zikir zikir..maka kuatlah pula roh kita dan teranglah mata dalam kita hingga mampu melihat ke alam ghaib,syurga dan neraka..Bila telah bersih maka tunduklah kitaa pada allah,,bila nafsu telah tunduk pada allah..maka tunduk dan patuhla segala makhluk pada kita..itulah khalifah namanya bila nafsu/jiwa kita kotor maka engkarlah kita kepada kebesaran allah dan sifat ketuhahan sifat.hingga jadilah manusia itu syaitan yang paling nyata dan sejahat jahat makhluk lebih dari jin,iblis,bunian dan syaitan..hinnga wujudlah iblis,jin,bunian kafir dari sifat murka allah iaitu Al Muzill yang merendah,menghina dan membinasakan hambanya..dan mengganggu ,merosakan dan menzalimi mereka dengan kedatangan pelbagai gangguan danpenyakit misteri akibat dari jin dan iblis ..kerana telah lemahlah iman dan jiwa mereka kepada kebesaran tuhannya hingga datang kesedaran,insaf dan taubat terhadap Allah..barulah hilang atau pudar segala kejahatan/gangguan jin dan syaitan

Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t. Ini baru mengenai jin belum lagi Syurga ciptaan-Nya.

Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi, Dan naungan yang terbentang luas, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula dilarang mendapatnya, Dan tempat-tempat tidur yang tebal (lagi empuk). Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka (bidarari-bidari itu) dengan ciptaan istimewa (tanpa melaui proses kelahiran terlebih dahulu), Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya umurnya. Surah Al-Waqi’ah Ayat 29-37

Sampai disini dahulu semoga mendapat manfaat dari kongsian saudara-saudara kita. Amin. Assalamualaikum.

Ahad, 31 Januari 2010

Zikir


Selalulah mengingati Allah...Setiap detik dan masa.....
Tanda Allah muliakan kita di atas muka bumi ini ialah bila manusia melihat kita ,,dia akan ingatkan Allah....
Bila kita tidur hendaklah baca doa tidur...kerana ....setiap detik kita tidur di anggap ibadah..sampai kita bangun semula..jika tidak ...tidur kita umpama kosong....
Begitu besar anugerah Allah kepada kita.....pun kadang2 kita lupa.......
Lihat ciptaan Allah...Langit yg tiada tiangnya......Allah jadikan bintang2 sebagai hiasan utk manusia.......Setiap bintang adalah matahari yg begitu besar....setiap bintang di kelilingi oleh planet masing2 berserta dgn bulan masing2...ada 2 atau 3 atau .....lihatlah ada berjuta2 bintang di langit.....dan ada yg bintang sudah pudar dan tidak aktif.....semuanya utk manusia yg di cemburui oleh iblis....x payah cari apa ada lagi mahluk di angkasa sana.....kerana semua planet2 itu adalah drpd Allah utk manusia sebagai hamparan perhiasan ......
Kalau ada UFO adalah tipu daya dajar atas manusia.....Sejarah Rasullulah naik ke langit tidak ada di nyatakan Rasullulah berjumpa dgn mahluk2lain di sana kecuali nabi2 yg terdahulu....
Tapi begitu besar cerkawala yg kita lihat.....mahluk yg bernama malaikat Jibril lagi besar...jika dia berdiri dari 7 lapis bumi...kepalanya sampai 7 lapis langit besarnya....RAsullulah pernah pengsan melihat malikat Jibril.....Tapi Malikat Israfil lagi besar .....dunia ada di hujung trompet nya.....so Israfil lagi besar ...sekali dia tiup sengkakala.....mati habis semua mahluk2 ....kecuali Allah ....
Subahanallah......MAhasuci allah.....
Itu belum cerita Kursi Allah dan Aras Allah......Lihat kita ini bertapa kerdilnya kita....kalau kita lihat daripda bulan ke bumi sudah cukup....langsung x nampak.....itu pun kita masih sombong kat atas muka bumi ni....Astafirullah......
MArilah kita sama2 memperbanyakkan zikir kepada Allah.......dan berselawat ke atas nabi....

Sabtu, 30 Januari 2010

Kesah benar

Aku dulu kerja sebagai supervisor...kerja yg membosankan...jadi barua tokey .....sampai aku di lantik sebagai senior supervisor.....makin bosan....
Aku bosan semua nak kena buat....semua nak kena control....Sembahyang jumaat nak kena gilir2.....aku bahagian sign.....tapi sapa nak sembahyang aku pakai sign semua ...ayat power anak buah aku cakap ialah..."Abang x kasi sembahyang abg kena jawab kat sana"..Superior pernah marah aku sbb pakai kasi aje org sembahyang....
Aku buat bodoh aje..angguk2 tanda faham...tapi minggu depan aku pakai sign aje lagi....
Boss aku makin bengang dgn aku....
HAri jumaat selalu aku berdoa biarlah senang org gi solat....tapi org x gi solat pun ramai juga...aku nak suruh solat pun x boleh sbb mesin nak kena jln.....
Pernah satu Technician aku minta tukar shift dgn aku..aku wat tak faham aje..alasannya dia selalu kena buli dgn senior technician..lama dia minta ....org ganu...hitam manis org nya....aku wat tak tahu aje....
Tapi supervisor lain kasi tukar....hari pertukaran tu ..dia memang suka...dia pernah pesan dgn budak2 bye2....suka dia dapat tukar drpd shift tu...
Tapi masa dia nak pergi kerja petang...ada satu keta Honda tiba2 masuk jalan dia..dia langgar on the spot meninggal kat situ.....Aku dtg masa tu magrib..azan berkumandang...mayat dia tertutup dengan kain.....tunang dan saudara2 dia menanggis di situ.....aku tak boleh lupakan ialah tengah2 azan magrib technician aku terbaring kat situ...
dia pergi dgn cepat sekali.....sapa2 yg baca blog ni aku minta kau org sedekahkanlah fatihah kat dia....al fatihah.............
MAcam tu lah peredaraan dunia yg Allah bagi kat kita...kita adalah pelakon2nya....mana satu jalan kat dunia yg kita nak bawa....usia yg Allah bagi kat kita belum tentu kekal lama...belasan tahun...puluhan tahun....bila2 kita boleh pergi.....cukup kah bekalan kita ke sana.....
Satu lautan yg besar kita lalui...tiba2 kita singgah di satu pulau.....utk mengutip bekalan sementara sekejap lagi kapal akan belayar dan tiada lagi persinggahan... forever....saudara2 ku dan aku meningatkan diriku juga kutiplah bekalan di bumi Allah ini sementara nyawa kita masih di kandung badan....

Jumaat, 29 Januari 2010

PErempuan dan keta

Hari ini aku pergi kerja kena marah dgn org belakangku....suit aje...aku suka relax ..bawa pelan2....sampai satu sempang ..aku tengok satu kereta wira kemek kena langgar dgn motor.....motor bengkok 2..terok juga,,,aku ingat mesti pergi hospital punya.....ada 3 ,4 org tolong angkat motor ke tepi...aku rasa patut cau aje...cuma aku tertengok dalam kereta tu perempuan tengah menangis ...keretanya block tengah2 jln...nangis gila2 ...sungguh2 ...kesian...mungkin gamam....tak keluar2 dalam kereta....nangis takut...keta dia kemek gila......
Aku kesian kalau perempuan bawa keta kalau accident....pernah member aku ceta...bini dia kena langgar org...kemek...dah lah kena langgar .....dia pulak bayar duit kat mamat yg langgar tu.....
TApi ada juga perempuan yg genster.....aku pernah satu kali tu...kasi signal terus potong lori...minah dari belakang terus kasi lampu...nak marah kat aku....aku biasalah cool aje....dia nak potong aku x boleh sebab aku bawa pelan...dari pun depan aku ada keta macam mana aku nak laju...last2 dia potong belah kiri...laju....keluarkan tangan tunjuk f**k (toot) .aku wat x nampak aje....dia tak puas hati...ke kanan pulak...keluarkan tangan sekali lagi dia f**k (toot) aku lagi...kali ni aku ..buat2 nak keja dia....kelam kabut dia lari.....
alamak belakang dia ada P besarlah....takut aku ....takut dia terbabas aje....macam2...
Tapi ada perempuan kalu bawa keta kursi dia mesti rapat kat stering...atau dia x pakai kasut bawa keta.....
PErempuan ni sifat dia kan lemah.....tapi nak jadi mcm lelaki.....semua lelaki buat dia nak buat.....dia org ni kan ber period.....dia org ni Allah jadikan kuat di tempat yg lain...yg tak boleh di cabar oleh lelaki....tapi dia org ni nak buat kerja lelaki pulak.....dan mencabar kejantanan lelaki....hee ..geramnya aku.....

Rabu, 27 Januari 2010

SURAH YASSIN

KEBERKATAN SURAH YASSIN (DR FATMAH ELZAHARAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang..
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah @ aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsebut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah S.W.T. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik…
Caranya:
Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Ianya Datang dengan tiba-tiba
Tiupan kedua - Hancur Semua Alam ini
Tiupan ketiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap manusia akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3kali.
( amat mujarab buat org yang sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I’ve practiced this method subhanallah, effective)
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan seharian.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa
bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat)
menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
(Ayat 78 dan 79) -
Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun
tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada
air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Wallahualam.
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6.
Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati
dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
• Yasin is the jantung of Al-Quran
• Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran
Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
• Child is sick
• Feeling troubled.
• Memudahkan urusan
• Memudahkan perjalanan
• As selusoh (to ease pain when giving birth)
Read Yasin (3x) over water
Read 3 Qul (three times each)
• Fatihah
Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
• Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati
dalam tidur, dosa diampunkan.
Ayat 9 - “Wajaalna….”
Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Lindungi diri dari dianiaya
Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Baca Ayat 9
Fatihah
Read 3 Qul (three times each)
Ayat Kursi
Ayat 29 - “In kanat illa….”
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar
kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.
Ayat 36 - “subhanallazi..”
Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan
sapu ke muka pada pagi hari
Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - “Salamun…”
Jika sakit anggota
Tak tenang hati
Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit ( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I’ve practiced this method subhanallah, effective)
Ayat 76 - “Falayahzun..”
Bila rasa sedih
Untuk menenangkan hati
Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 “dari Yuhyil Wahiya…”
Tulang patah
Sakit sendi
Sakit lutut
Ayat 82 - “Innama amruhu..”
Jika mandul
Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
Dry method
Sembahyang tahjud
Sembahyang hajat
Doa minta hajat
Baca ayat 100 x dengan yakin
Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh
penyakit dalam badan)
Seperti di atas
Bila baca ayat, tiup dalam air
Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
o Doa sambil minum
o Untuk 41 pagi
Wallahualam.
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal
aa’maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.
Dalam YASSIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian < BR>Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian
Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang
sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka
dan bukannya di kubur.(terutama ayat 12) — sebab kenapa kita perlu baca,
agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup
insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.
***** sekadar informasi *******
Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam
Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat
yang mujarab.
Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Wallahua’lam…

Selamat datang

Kejayaan manusia dalam agamanya taat kepada Allah ikut cara Rasullullah SAW