LELAKI 10 ISTERI MENGAKU SALAH ROGOL ENAM ANAK 
Oleh 
Khalid        Khamis 
SEORANG ayah yang mempunyai 10 isteri dan 66 anak mengaku        bersalah merogol enam anak perempuannya hingga dua daripada mereka hamil.        
Lelaki berusia 45 tahun itu, yang menggelar dirinya ustaz,        melakukan kesalahan keji itu dalam tempoh lebih setahun antara Disember        2003 dengan Jun 2005. Namanya tidak boleh disiarkan demi melindungi        identiti mangsa. 
Kesemuanya, dia menghadapi 43 tuduhan merogol        tetapi pihak pendakwa memfailkan sembilan tuduhan dengan baki 34 tuduhan        diambil dalam pertimbangan. 
Mahkamah diberitahu, perbuatan sumbang        mahram itu dilakukan di bilik salah satu daripada tiga flat jumbo milik        keluarga berangkainya. 
Anak-anak perempuannya yang menjadi mangsa        itu pula berusia antara 12 dengan 15 tahun. Kandungan dua anaknya itu        terpaksa digugurkan. Kesemuanya, tertuduh mempunyai 33 anak lelaki dan 33        anak perempuan. 
Di Mahkamah Tinggi semalam, Hakim Tay Yong Kwang        menolak permohonan pendakwa raya, Encik Eugene Lee, agar menjalankan        perbicaraan secara tertutup. Menurutnya, perbicaraan boleh dilakukan dalam        mahkamah terbuka kerana mangsa tiada di mahkamah untuk memberi keterangan.        
Lelaki berbadan kecil rambut beruban itu kelihatan tenang ketika        tuduhan dibacakan kepadanya.          
Menurut surat pertuduhan, dia menggunakan ayat Al-Quran daripada        surah Al-Mukminin untuk 'mempunyai hak mutlak seseorang terhadap        anak-anaknya hingga dibolehkan mengadakan seks'.                 
Namun, rahsianya terbongkar selepas salah seorang anaknya itu        membuat laporan polis pada 24 Jun tahun lalu selepas mengadu tindakan        ayahnya itu kepada seorang kenalannya. 
Dalam rayuannya, peguam        bela, Encik Harold Seet, berkata anak guamnya melakukan perbuatan itu        kerana menghadapi masalah kewangan dan untuk mencegah anaknya daripada        bergaul dengan budak lelaki. 
'Dia berfahaman jika dia dapat        memuaskan nafsu anak-anak perempuannya, mereka mungkin tidak bergaul        dengan budak lelaki,' katanya. 
Dua daripada enam anak perempuan        yang menjadi mangsa kini berada di rumah tumpangan budak        perempuan.          
Tertuduh yang memiliki syarikat pengangkutan, juga difahamkan        menukar fahaman Sunni kepada fahaman Syiah sekitar 1988. Dia juga        difahamkan telah menukar namanya sebelum ini.                 
Sementara itu, dua daripada isteri lelaki itu turut dilihat di        mahkamah selepas perbicaraan.          
Seorang adik tertuduh pula berkata keluarganya tidak tahu-menahu        tentang kes tersebut. 
Beliau, yang berusia 42 tahun dan sudah        tujuh tahun tidak bertemu abangnya itu, berkata: 'Nak ikutkan hati saya        memang tak mahu datang ke sini, tapi tak sampai hati, sebab buruk-buruk        pun darah daging sendiri.' 
Hukuman akan dijatuhkan Selasa depan        tetapi Hakim Tay membayangkan tertuduh boleh dikenakan hukuman rotan        maksimum 24 sebatan, selain hukuman penjara 
ANAK JERIT KESAKITAN        TAPI TIDAK DIENDAH 
Dua anak hamil, ayah dan ibu bawa seorang ke Batam        gugurkan kandungan 
MEREKA menangis dan menjerit kerana kesakitan        hingga berdarah, tetapi ayah mereka tidak mengendahkannya dan terus        merogol mereka. 
Tanpa segan silu, si ayah berkata: 'Kau tahan        saja, sakit sekejap saja.'          
Kata-kata itu masih terpahat dalam ingatan enam remaja perempuan        adik-beradik yang menjadi mangsa nafsu buas ayah mereka itu.        
Lelaki berumur 45 tahun itu melakukan perbuatan keji tersebut        antara Disember 2003 de ngan Jun lalu, ketika anak-anaknya berusia antara        12 dengan 15 tahun. 
Dikatakan arif dalam tafsir Al-Quran dan fasih        berbahasa Arab, lelaki itu berjaya meyakinkan 10 isterinya, dengan        menyalahtafsirkan ayat dalam Surah Al-Mukminin, bahawa dia mempunyai hak        mutlak terhadap anak-anaknya, termasuk melakukan hubungan seks, atau        sumbang mahram, dengan anak-anak pe rempuannya. 
Alasannya        diperkukuhkan dengan helah kononnya dia berniat untuk mendisiplinkan        anak-anaknya, yang diberitahu sudah mula bergaul dengan budak-budak        lelaki. 
Satu demi satu anak-anaknya dipanggil masuk ke biliknya        untuk memuaskan nafsunya.          
Satu demi satu, jeritan kesakitan anak-anaknya yang masih suci        kedengaran dari luar bilik sedang isteri-isterinya duduk di luar menunggu        mereka keluar.          
Tiada siapa membantah kerana terlalu hormat akan dia sebagai        seorang ketua keluarga dan 'guru agama' mereka.                 
Lebih setahun enam anaknya itu memendam perasaan mereka kerana        tiada tempat untuk mengadu. Mereka hanya dapat berkongsi pengalaman sesama        mereka. 
Dua daripada mereka hamil akibat perbuatan ayah        mereka.          
Peguam bela lelaki itu, Encik Harold Seet, berkata dia juga        bertindak menggugurkan kandungan itu supaya anaknya tidak melahirkan        cucunya sendiri. 
Salah seoarang daripada mereka didapati hamil        lapan minggu pada 7 Mac tahun lalu dan dua hari kemudian diarahkan supaya        menggugurkan kandangannya. 
Pada 28 Mei lalu, seorang lagi anaknya        hamil dan kali ini si ayah dan beberapa isterinya membawa remaja itu ke        Batam untuk menggugurkan kandungannya. 
Pengalaman pahit mereka        berakhir apabila anak yang menjadi mangsa pertama mengadu kepada seorang        kawannya.          
Dengan bantuan kawannya, remaja itu membuat laporan polis pada 24        Jun lalu dan lelaki yang bak binatang bertopengkan manusia itu ditahan        sehari kemudian.  
Fakta        kes          
Tertuduh: 45 tahun, pemilik syarikat pengangkutan. Mempunyai 10        isteri (empat isteri sah dan enam melalui nikah muta'ah) dan 66 anak (33        lelaki dan 33 perempuan). 
Kes: Menghadapi 43 tuduhan merogol,         cuba merogol dan mencabul        kehormatan. Melakukan kesalahan antara Disember 2003 dengan Jun 2005 di        biliknya di sebuah flat jumbo. 
Keputusan: Didapati bersalah bagi        sembilan tuduhan merogol  lima anak perempuannya yang berusia        antara 12 dengan 15 tahun. Baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan.        
Laporan polis: Mangsa pertama membuat laporan polis pada 24 Jun        2005, sehari selepas dirogol.          
Mangsa pertama: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun        2004 dan 23 Jun 2005.          
Mangsa kedua: Berusia 12 tahun dan dirogol dua kali, pada Januari        2004 dan Mac 2004. 
Mangsa ketiga: Berusia 14 tahun dan yang        dirogol pada Januari 2005.          
Mangsa keempat: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun        2004 dan Jun 2005.          
Mangsa kelima: Berusia 13 tahun dan dirogol dua kali, pada Mac        2004 dan Mei 2005   
kenapa        aku cakap isteri2 dia macam seeyal???...arrrr...kroang baca citer di bawah        nie...                 
ISTERI PUJUK ANAK SERAH TUBUH 
ISTERI-ISTERINYA memujuk dan        memaksa anak-anak perempuan mereka supaya menyerahkan tubuh mereka kepada        ayah mereka. 
Setiap kali anak mereka datang teresak-esak dan        mengadu sakit selepas dinoda oleh ayah mereka, si ibu hanya memeluk dan        memuji mereka kerana 'pengorbanan' itu. 
Isteri-isterinya juga        menjadi pengirim mesej setiap kali suami mereka mahu melakukan perbuatan        keji itu dengan salah seorang anaknya. 
Dengan taat membabi buta,        si isteri akan memujuk dan mengarahkan seorang demi seorang anak mereka        masuk ke dalam bilik, di mana ayah mereka menunggu untuk menoda mereka.        
Walaupun anak-anak mereka menggeleng kepala dan enggan melakukan        perbuatan keji itu, si ibu akan berusaha meyakinkan mereka bahawa itu        merupakan tanggungjawab mereka dan memujuk mereka supaya bertenang dan        jangan fikirkan apa yang akan dilakukan. 
Jika mereka berdegil, si        ibu akan berpura-pura kelihatan tertekan dan hampir        menangis.          
Tidak sampai hati untuk melukakan hati ibu mereka dan menjejas        hubungan si ibu dengan ayah, si anak akhirnya bersetuju dengan berat        hati.          
Perbuatan keji itu bermula selepas lelaki tersebut menyatakan        bahawa sebagai seorang ayah dia mempunyai hak mutlak ke atas        anak-anaknya.          
Dalam salah satu kelas agama yang dipimpinnya untuk keluarganya,        lelaki itu berkata hak tersebut termasuk melakukan sumbang mahram.        
Lelaki itu, yang mempunyai sijil yang melayakkannya mengajar kelas        agama dan pernah mengajar di beberapa institusi pendidikan di sini,        menyalahtafsirkan satu ayat dalam Surah Al-Mukminin untuk memperdaya        isteri-isterinya bagi memuaskan nafsu buasnya. 
Apabila isterinya        menyoalnya dan berkata dia mungkin tersilap, dengan kata-kata manis lelaki        yang pandai bercakap itu meyakinkan isteri-isterinya bahawa perbuatannya        itu dibenarkan mengikut Al-Quran. 
Termakan dengan kata-katanya dan        kerana terlalu menghormatinya sebagai ketua rumah tangga dan 'guru agama'        mereka, si isteri menuruti perintahnya. 
Malah, seorang daripada        mereka juga ditugaskan memastikan anak-anak perempuan mereka tidak dalam        haid apabila diminta memuaskan nafsu ayah mereka. 

 
 
2 ulasan:
istighfar byk2 bila nadira baca entry ni..
sedihnya jadik camni..
so bad itu ibu2..wtf!!
Catat Ulasan