myspace backgrounds
Myspace Backgrounds

Mengenai Saya

Foto saya
Islam dan sunnah adalah cara hidupku

Selasa, 23 Mac 2010

Musuh kita tidak pernah duduk diam

Salam, 

Cerita ni ada kebenarannya, cuba kita imbas kembali peristiwa yang sama 
telah berlaku keatas Puteri Diana yang bercinta dengan lelaki muslim. 
CIA yang menjadi tali barut Yahudi memang cukup licik dalam hal2 ini. 
Mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk memburuk dan menghentikan 
sebarang usaha dakwah, tambahan pula bintang seperti Puteri Diana dan MJ 
mempunyai jutaan peminat/pengikut diseluruh dunia. 

Sebab itulah, ada puak dan kumpulan yang dianggap pengganas oleh Amerika 
sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk memusnahkan rangkaian kepentingan 
Amerika/Yahudi. Betapa gobroknya mereka ini, mereka sentiasa menafikan 
kebenaran dan Al-Fatihah untuk Mikael. 

Konspirasi Kematian Michael Jackson 

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak 
hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong 
gerakan-gerakan 
amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan 
bermacam-macam lagi. 

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan 
hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang 
lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian 
ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia 
membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan 
gembira di situ. 

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi 
pembunuhan Michael Jackson. Namun MJ telah membuat satu keputusan yang 
bakal memberikan 
impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan 
ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, 
MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989. 

"Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku 
tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan 
keamanan Islam itu". 
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh 
berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif 
daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. 
Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon 
yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan. 

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di 
England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof 
Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah 
semasa di England , MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, 
Zain Bhika yang telah menciptakan lagu "Give Thanks To 
Allah" khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.. 

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan 
diri dan menetap di Bahrain . Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak 
Sultan Bahrain . Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar 
sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.. Akhirnya 
pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan 
membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada 
December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain 
dan anaknya.. 

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia 
memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk 
mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu 
menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama 
Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert 
terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA . Pada 
12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ 
berkata " Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia 
untuk konsert ini".. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat 
malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat 
telah meninggal dunia.. 

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak 
tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba 
melengahkan masa bantuan tiba Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan 
hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi 
sekarang dah bertambah canggih. 

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk 
membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. 
Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang 
mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara 
berlebihan. Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut 
MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat 
tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada 
orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ. 


Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama 
telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik. "Saya suka MJ... Saya 
membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin 
tiada konspirasi dalam kematiannya" . Pelikkan kenapa seorang Presiden 
beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan 
rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa 
dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak 
gitu? 


Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul 
dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan 
(dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak 
penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat. Akhirnya 
mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam 
di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara 
Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab 
itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada 
dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang 
kononnya MJ bukan seorang Islam. 


(Sheikh Ha**d) 
The Brotherhood of Islam 
Buletin of Bahrain 


Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email 
yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi 
kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya ALLAH yang 
tahu... 

Tiada ulasan:

Selamat datang

Kejayaan manusia dalam agamanya taat kepada Allah ikut cara Rasullullah SAW