myspace backgrounds
Myspace Backgrounds

Mengenai Saya

Foto saya
Islam dan sunnah adalah cara hidupku

Rabu, 7 April 2010

Ilmu manusia terlalu sedikit


Tidak ada siapa yang dapat menjangkakan adakah hidupan lain di
> galaksi-galaksi lain. Bagi saya, Allah Maha Kaya.. Dia boleh
> menciptakan apa saja hidupan di Alam Semesta yang maha luas ini.
> Harun Yahya dalam bukunya ada menyebut bahawa sebelum manusia
> menetap di atas muka bumi ini, sudah ada makhluk yang serupa
> manusia juga hidup di bumi tetapi telahpun pupus iaitu manusia cro-
> magnon, neanderthal, orang peking dan beberapa lagi. Manusia-
> manusia ini tidak sama DNA antara satu sama lain bahkan kesemuanya
> juga bukanlah nenek moyang manusia sekarang iaitu kita.
>
> Bagi saya, nun jauh di galaksi sana tetap ada makhluk yang serupa
> manusia juga. Galaksi Bima Sakti mempunyai 100 ribu juta bintang
> atau lebih. Matahari adalah salah satu dari berjuta-juta bintang
> ini. Jika matahari sahaja mempunyai planet Bumi yang menampung
> hidupan, kenapa tidak dengan planet lain? Bintang Alfa Centauri
> yang sejauh 4 tahun cahaya dari matahari mempunyai planet-planet
> yang boleh menampung hidupan di zon yang bergelar green belt zone
> iaitu satu zone di mana planet tersebut berada pada jarak yang
> bersesuaian sepertimana bumi sebagai planet ketiga yang berada
> pada jarak yang selamat dari matahari untuk membolehkan syarat-
> syarat kehidupan.
>
> Jika di dalam Galaksi Bima Sakti sahaja kemungkinan makhluk
> seperti manusia hidup amat besar, apatah pula di galaksi-galaksi
> lain yang berjuta-juta banyaknya.
>
> Berkenaan UFO, tidak semestinya ia datang dari Bumi bahkan memang
> tidak diragui bahawa ia memang ada yang datang dari alam lain
> tidak kiralah alam ghaib atau alam nyata tetapi apa yang pasti
> ialah alam ghaib dan alam nyata adalah alam yang berada di dalam
> Alam Semesta yang sangat luas ini. Jika kita membaca buku mengenai
> kosmologi dark matter, sekarang ini saintis mempercayai teori
> mengenai dark energy iaitu satu tenaga gelap yang masih belum
> dapat dikesan namun tenaga gelap inilah yang terselindung di
> sebalik alam nyata kita di mana terdapat 90 peratus jisim Alam
> Semesta yang masih belum dicerap oleh kita.
>
> Kelajuan cahaya jika menurut apa yang difahamkan oleh kita adalah
> absolute (mutlak) tetapi bagaimana dengan kelajuan yang dicapai
> oleh kenderaan yang dinaiki oleh Nabi Muhammad ketika isra'
> mikraj? Jika kita benar-benar menyedari, semua tarikan graviti
> Alam Semesta adalah jauh lebih dominan dari cahaya sebab cahaya
> hanya meliputi jasad-jasad yang bercahaya seperti bintang dan
> galaksi mahupun quasar sedangkan rantau yang gelap masih sangat
> luas dalam Alam Semesta ini. Ini bererti bahawa garvitasi ada di
> mana-mana dalam Alam Semesta ini. Ini juga bermakna, garviti jauh
> lebih laju dari cahaya sebab gravitilah yang memungkinkan Alam
> Semesta mempunyai bentuk sepertimana yang dihasilkan peta Alam
> Semesta "Great Wall" atau WMAP.
>
> Mungkin saja UFO menggunakan teknologi anti-graviti dan super-
> graviti untuk membolehkan pengembaraan ke merata kawasan di Alam
> Semesta.
> Ini bermakna bahawa andai kita hanya berfikir secara logik semata-
> mata, kita tidak akan dapat berfkir atau memandang kepada apa yang
> belum dapat dizahirkan dalam fikiran. Contohnya ialah alam maya
> (virtual reality) seperti yang dipaparkan dalam kepermainan (game)
> komputer adalah apa yang telah wujud pada masa kini tetapi tidak
> pada masa-masa yang lalu. Banyak yang tidak difikirkan atau
> terhijab dari pandangan atau fikiran kita pada masa-masa lalu,
> kini telah terbuka di hadapan kita. Hanya kesedaran sahaja yang
> akan membolehkan manusia menerokai apa yang telah terbuka kini.
>
> Wassalam.
> ----- Original Message -----
> From: Seeridewi malam

Tiada ulasan:

Selamat datang

Kejayaan manusia dalam agamanya taat kepada Allah ikut cara Rasullullah SAW