Khamis, 8 April 2010
Solat lah kamu sebelum kamu mati
Semua orang tahu bahawa
kalau
meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan
lebih hina daripada
khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat
seperti yang
dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang
lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam
hati dia (nazar),
"kalau aku dapat anak, aku akan minum air
kencing anjing
hitam."
Nak dijadikan cerita,
Allah pun
kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan
melahirkan anak. Apabila
dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah
nazar nak kena minum
air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat
yang turun untuk umat
Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda
yang haram, maka tak
payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi
kalau zaman Nabi
Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena
laksanakan nazar
tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan
susah hatinya pergilah
bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan
segala yang terjadi ke
atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki
tu tak perlu minum
air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang
lebih hina dari air
kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi
menadah air yang jatuh
dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan
minum air tu Lelaki
itu pun senang hati, menjalankan apa yang
diperintahkan oleh Nabi Musa
tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan
solat, sampai dikatakan
air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari
air kencing anjing
hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan
lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan
masakan ibu; isteri
kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah
solat kerana kalau
meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan
menitik ke dalam
basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula
yang akan makan makanan
yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak
gelap hati minum air
tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?
Tapi lain pula halnya dengan kita ni.. Pagi petang,
mamak! Teh tarik satu,
roti canai satu. Ada
pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita
pun makan bekas air
tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak
buat kerja-kerja yang
baik.
Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan
solat ni hatta Allah
syariatkan solat
kepada Nabi Muhammad melalui Isra ' Mikraj
sedangkan kewajipan-kewajipan
lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan
kepada Saidina Ali
(dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa
amalakat
aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan
sekali kamu abaikan
dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah
tanggunganmu" Jadi,
sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir
& batinnya kerana
amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang
di neraca Mizan
kelak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Selamat datang
Kejayaan manusia dalam agamanya taat kepada Allah ikut cara Rasullullah SAW
Tiada ulasan:
Catat Ulasan