myspace backgrounds
Myspace Backgrounds

Mengenai Saya

Foto saya
Islam dan sunnah adalah cara hidupku

Jumaat, 9 April 2010

Kisah penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan

Khamis, 8 April 2010

Solat lah kamu sebelum kamu mati


Semua orang tahu bahawa
kalau
    meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan
lebih hina daripada
    khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat
seperti yang
    dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.  

    Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang
lelaki yang sudah
    berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam
hati dia (nazar),
    "kalau aku dapat anak, aku akan minum air
kencing anjing
    hitam."

    Nak dijadikan cerita,
Allah pun
    kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan
melahirkan anak. Apabila
   dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah
nazar nak kena minum
    air kencing anjing hitam.

    Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat
yang turun untuk umat
    Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda
yang haram, maka tak
    payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi
kalau zaman Nabi
    Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena
laksanakan nazar
    tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan
susah hatinya pergilah
   bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan
segala yang terjadi ke
    atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki
tu tak perlu minum

air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang
lebih hina dari air
    kencing anjing hitam.

    Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi
menadah air yang jatuh
    dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan
minum air tu Lelaki
    itu pun senang hati, menjalankan apa yang
diperintahkan oleh Nabi Musa
    tadi.
 
    Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan
solat, sampai dikatakan
    air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari
air kencing anjing
   hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan
lagi.

    Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan
masakan ibu; isteri
    kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah
solat kerana kalau
    meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan

menitik ke dalam
    basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula
yang akan makan makanan
    yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak
gelap hati minum air
    tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?

    Tapi lain pula halnya dengan kita ni.. Pagi petang,
mamak! Teh tarik satu,
    roti canai satu. Ada
    pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita
pun makan bekas air
    tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak
buat kerja-kerja yang
    baik.

    Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan
solat ni hatta Allah
    syariatkan solat
    kepada Nabi Muhammad melalui Isra ' Mikraj
sedangkan kewajipan-kewajipan
    lain memadai diutus melalui Jibril as.

    Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan
kepada Saidina Ali
  (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa
amalakat
    aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan
sekali kamu abaikan
    dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah
tanggunganmu" Jadi,
    sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir
& batinnya kerana
    amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang
di neraca Mizan
    kelak.
  

Rabu, 7 April 2010

Ilmu manusia terlalu sedikit


Tidak ada siapa yang dapat menjangkakan adakah hidupan lain di
> galaksi-galaksi lain. Bagi saya, Allah Maha Kaya.. Dia boleh
> menciptakan apa saja hidupan di Alam Semesta yang maha luas ini.
> Harun Yahya dalam bukunya ada menyebut bahawa sebelum manusia
> menetap di atas muka bumi ini, sudah ada makhluk yang serupa
> manusia juga hidup di bumi tetapi telahpun pupus iaitu manusia cro-
> magnon, neanderthal, orang peking dan beberapa lagi. Manusia-
> manusia ini tidak sama DNA antara satu sama lain bahkan kesemuanya
> juga bukanlah nenek moyang manusia sekarang iaitu kita.
>
> Bagi saya, nun jauh di galaksi sana tetap ada makhluk yang serupa
> manusia juga. Galaksi Bima Sakti mempunyai 100 ribu juta bintang
> atau lebih. Matahari adalah salah satu dari berjuta-juta bintang
> ini. Jika matahari sahaja mempunyai planet Bumi yang menampung
> hidupan, kenapa tidak dengan planet lain? Bintang Alfa Centauri
> yang sejauh 4 tahun cahaya dari matahari mempunyai planet-planet
> yang boleh menampung hidupan di zon yang bergelar green belt zone
> iaitu satu zone di mana planet tersebut berada pada jarak yang
> bersesuaian sepertimana bumi sebagai planet ketiga yang berada
> pada jarak yang selamat dari matahari untuk membolehkan syarat-
> syarat kehidupan.
>
> Jika di dalam Galaksi Bima Sakti sahaja kemungkinan makhluk
> seperti manusia hidup amat besar, apatah pula di galaksi-galaksi
> lain yang berjuta-juta banyaknya.
>
> Berkenaan UFO, tidak semestinya ia datang dari Bumi bahkan memang
> tidak diragui bahawa ia memang ada yang datang dari alam lain
> tidak kiralah alam ghaib atau alam nyata tetapi apa yang pasti
> ialah alam ghaib dan alam nyata adalah alam yang berada di dalam
> Alam Semesta yang sangat luas ini. Jika kita membaca buku mengenai
> kosmologi dark matter, sekarang ini saintis mempercayai teori
> mengenai dark energy iaitu satu tenaga gelap yang masih belum
> dapat dikesan namun tenaga gelap inilah yang terselindung di
> sebalik alam nyata kita di mana terdapat 90 peratus jisim Alam
> Semesta yang masih belum dicerap oleh kita.
>
> Kelajuan cahaya jika menurut apa yang difahamkan oleh kita adalah
> absolute (mutlak) tetapi bagaimana dengan kelajuan yang dicapai
> oleh kenderaan yang dinaiki oleh Nabi Muhammad ketika isra'
> mikraj? Jika kita benar-benar menyedari, semua tarikan graviti
> Alam Semesta adalah jauh lebih dominan dari cahaya sebab cahaya
> hanya meliputi jasad-jasad yang bercahaya seperti bintang dan
> galaksi mahupun quasar sedangkan rantau yang gelap masih sangat
> luas dalam Alam Semesta ini. Ini bererti bahawa garvitasi ada di
> mana-mana dalam Alam Semesta ini. Ini juga bermakna, garviti jauh
> lebih laju dari cahaya sebab gravitilah yang memungkinkan Alam
> Semesta mempunyai bentuk sepertimana yang dihasilkan peta Alam
> Semesta "Great Wall" atau WMAP.
>
> Mungkin saja UFO menggunakan teknologi anti-graviti dan super-
> graviti untuk membolehkan pengembaraan ke merata kawasan di Alam
> Semesta.
> Ini bermakna bahawa andai kita hanya berfikir secara logik semata-
> mata, kita tidak akan dapat berfkir atau memandang kepada apa yang
> belum dapat dizahirkan dalam fikiran. Contohnya ialah alam maya
> (virtual reality) seperti yang dipaparkan dalam kepermainan (game)
> komputer adalah apa yang telah wujud pada masa kini tetapi tidak
> pada masa-masa yang lalu. Banyak yang tidak difikirkan atau
> terhijab dari pandangan atau fikiran kita pada masa-masa lalu,
> kini telah terbuka di hadapan kita. Hanya kesedaran sahaja yang
> akan membolehkan manusia menerokai apa yang telah terbuka kini.
>
> Wassalam.
> ----- Original Message -----
> From: Seeridewi malam

Isnin, 29 Mac 2010

kuliah

KAt sini aku nak kogsi sikit pasal kuliah aku dengar semalam.Ustat cakap manusia sebok cari dunia...dari kecil sampai besar ...sampai masuk u .Sambung sampai ke over sea semua nak cari dunia lebih ....nak gaji besar...padahal dunia hanya sekajap ..sahaja.....akhirat yg sepatutnya kita cari...umur kita kat dunia cuma boleh sampai 60 hingga 70 tahun aje ...kalu lebih jarang2 yg ada....lihat saudara2 kita ,kawan kita semuanya dah pergi meninggalkan kita ke satu tempat yg lebih umurnya daripada 100000 malah lebih lagi...inilah tempat yg kita kena pergi.....kita kena belajar .....
Ustat tu calculate org yg dengar kuliah lepas maqrib hingga insaq mendapat 500 000 hasanah ...1 hasanah = lebih bernilai drpd dunia dan seisi2nya.....Johor boleh beli dgn 1 hasanah aje.....itu cuma 1 jam saja dengar kuliah...belum campur dengar bonos lagi...pun org tak nak datang sebab x nampak..Allah kasi kat sana.....kat sana surga Allah balas penuh dengar nikmat....bersuka ria...enjoy.....tempat bersenang2.....
Isteri akan datang dgn bidadari satu kapal nak layan kita....semua umur 17 tahun.....lelakinya 30 tahun....
kalau kat dunia perempuan yg paling lawa sapa? Kalu kita perhati perempun yg paling lawa kat dunia ni ada tahi mata,tahi hidung ,tahi telinga...busuk la tu....tapi kat sana tak da tahi ....kalau ada pun peluh....peluh dia akan keluar berkilau2 macam mutiara atau belian berkilat2......jatuh ke tanah jadi musik yg sedap di dengar....tanah tak payah nak berebut,,,,Allah kasi  berjuta2 ekar ..ambil aje free.
Isteri kita kat sana hari ni kita lihat cantik ...esok lagi cantik...esoknya lagi lagi cantik.....puh .....x boleh nak bayangkan kan nikmat kat surga......Setengah ustat kata ...burung2 kat sana besar unta......
Fikir2 la.......

Ahad, 28 Mac 2010

Hari ni kuliah surau tempat aku ceta pasal kelebihan mendengar kuliah.Dia punya calculate jumlah yg bakal Allah bagi org yg dengar kuliah bersamaan dengan 500 000 hasanah selama sejam.1 hasanah bersamaan dengan langit dan bumi dan seisi2nya.....kalau setengah juta ..puh ....punya la banyak.....Johor ni boleh beli dgn satu hasanah aje.....tapi itu semua Allah balas kat sana.....yg hidup nya lebih drpd 100 000 tahun....

Rabu, 24 Mac 2010

Cilok dari blog lain..Baik punye cita.......



Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah.
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri. Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad. -Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan. -Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat. - Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya. Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...." Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu.. 6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu.Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja. Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam. Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.... Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....." Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya. Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

Subject: FW: Petua hilang mengantuk ketika memandu...





Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh spt
balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dsbnya, akan merasa mengantuk yg teramat sangat ketika memandu. Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik shj anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu.  Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...
LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM...
(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR)
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat
BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MAâASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAAâ WAHUWASSAMIUN âALIIMMâ 3X.
SELAMAT MENCUBA !! SEBARKAN KPD RAKAN2 ANDA UNTUK MANAFAAT BERSAMA.

Selamat datang

Kejayaan manusia dalam agamanya taat kepada Allah ikut cara Rasullullah SAW